Apa khabar sahabat blogger harini? Semoga sihat selalu hendaknya. Aku tengah bersuka ria ni. sebab apa? sebab esok cuti. haha! Hari isnin lepas baru perasan jumaat cuti. Itu pun sebab officemate inform, kalau tak sampai ke sudah taktau, datang je office esok buatlah kerja sorang-sorang.
Eh tapi mana ade kerja dah sekarang ni, akhir tahun memang kurang sikit pressure dan workload. Tapi start je masuk tahun depan memang dah kena start terus. Memang tak terkejar la jawabnya, SKT yang bos bagi banyak oii. bertabahlah Asyiqin ye..
Azam 2017 yang kononnya nak kurus tu macam mana?
Ahaha.. failed!
Tapi masih ade sebulan lagi start esok. so apalagi, kita pulun habis-habisan. Agak-agak diet dan exercise dalam masa sebulan ni boleh turun berapa kilo eh? jeng jeng jeng...kita tengok nanti.
Macam mana dengan kehidupan harini?
semoga bertambah ceria selalu.
Aku ada satu habit bila blogwalking. selain baca entri tuan blog, perkara kedua yang aku pasti akan buat ialah buat some screening on bloglist dalam blog tersebut, dan mana-mana blog yang aku rasa kena dengan jiwa aku atau aku rasa suka bila baca entri-entri dalamnya, aku akan follow.
Tau tak kenapa?
Sebab aku akan masukkan dalam bloglist untuk semua blog yang aku follow. Jadi nanti bila ada entri dan update terbaru yang tuan blog kongsikan, boleh la aku baca kan? Untuk pengetahuan semua juga, ada 2 jenis bloglist yang aku wujudkan untuk blog ni. Satu spesifik dan satu lagi general.
❤ TTC POWER ❤
Bloglist ni aku wujudkan untuk menambah bahan bacaan, ilmu pengetahuan dan info berkenaan fertiliti dan kesuburan, kaedah-kaedah rawatan kesuburan dan info mengenainya. Kalau ada yang sedia maklum, aku sekarang sedang berusaha untuk mempunyai zuriat setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta. Jadi, bloglist ni sebagai salah satu medium usaha jugak. Please, doakan aku (:
❤ READ THEM ❤
Bloglist ni pula aku wujudkan untuk menghimpunkan semua blog-blog yang aku follow. Nanti kalau buka blog, pasti aku akan pergi kat list ni dan baca entri-entri baru yang diupdate oleh rakan-rakan blogger. Kadang-kadang jadi silent reader, kadang aku suka juga komen. ikut mood jugak tu. So kalau korang tergolong dalam bloglist ni, confirm sure aku akan buka blog korang dan baca entri dalam tu, cuma antara tinggal jejak atau tak je. jeng jeng jeng. haha!
Jadi korang punya bloglist pulak macam mana? Jom share dengan aku.