Kisah pandai bawa motor dan kereta
Asyiqin
December 18, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca blog ni :)
Dah 6 hari sejak last post. Rasa macam lamaaaaa sangat dah tak update blog tau. Kekangan masa menjadi salah satu sebab utama blog ni bersawang untuk seketika. Insyaallah nanti nak buat 1 hari 1 entri. Aminn
Eh, aku nak cerita pasal apa harini? Pasal ringkasan kehidupan tahun 2017 ni ke? Takk...awal lagi la. Nanti akhir tahun baru kita cerita pasal tu okay?
Harini nak cerita pasal pengalaman aku beranikan diri bawa kenderaan. Which is motor dan kereta.
AMBIL LESEN B2 DAN D
Aku ambil lesen pada tahun 2007 di Akedemi Memandu Nilai, masa ni umur aku 18, baru habis SPM tu. Ayah suruh ambil lesen motor B2 dgn D sekali jalan. Harga ambil lesen ni murah je dulu, dalam RM800 je untuk kedua-dua lesen tu. Sekarang aku taktau lah berapa, mahal berganda kot?
titian cinta :p
Perjalanan ambil lesen bagi aku bukanlah mudah (chewahhh! ayat poyo kan ). Test JPJ lesen untuk motor aku ambil 2 kali, yang first tu gagal sebab jatuh dekat titian cinta tu. Lagipun aku tak pernah bawa motor oii. First bawa motor pun masa dekat sekolah memandu tu la. Masa belajar aku kene kuarantin dari orang2 lain. Maksudnya, ade cikgu khas yang ajar aku sorang-sorang. Cara nak start enjin, dan lain-lain. haha! Kelakar bila ingat balik.
Masa dulu ambil lesen pakai kereta kancil manual ni la
Kereta pulak aku ambil 2 kali, semuanya gagal yang dekat jalan raya. Tapi litar dah lulus sekali ambil je. Hehe, Yang pertama sebab salah jalan, yang kedua sebab langgar divider. Yang ketiga lulus dengan jayanya! Yeah! Tapi lesen aku tersimpan rapi dalam laci untuk tempoh yang agak lama jugak walaupun direnew setiap tahun. hehe..
kenapa?
Yang pertama, prinsip aku sebab aku taknak bawa motor atau kereta orang lain walaupun ahli keluarga sendiri, sebab aku taknak tanggung risiko kalau rosak ke apa ke kan. Nampak macam ego kan? Hmm..memang pun, masa tu ego melebihi segalanya.
Yang kedua, sebab masa tu takde keperluan lagi untuk aku bawa kenderaan sendiri, tengah belajar, dan masa kerja pun aku lebih banyak naik pengangkutan awam.
BILA KEADAAN MEMAKSA, SEMUANYA BOLEH!
Aku start bawa motor dulu di jalan raya. Waktu ni aku dalam semester kedua Degree di UiTM Shah Alam. Masa ni aku terpaksa bawa motor sebab dah duduk rumah sewa diluar kampus. Masa awalnya aku menumpang naik motor dengan seorang kawan ni, tapi bila lama-lama aku rasa aku banyak menyusahkan dia, so aku decide yang aku nak bawa motor sendiri. Mula-mula takut jugak sebab lama dah sejak ambil lesen tu, tapi dalam hati aku terdetik. 'kalau dia boleh, aku pun mesti boleh punya!' So akupun sms ibu cakap nak bawa motor dan ayah pun belikan lah aku motor atas nama aku sendiri. Motor Ex5 merah kesayanganku. So sejak dari itu aku pun merempit lah kemana-mana sahaja. Pergi kelas, pergi shopping, pergi tengok wayang, pergi praktikal sampailah masa aku kerja gomen di kl pun aku masih gunakan motor Ex5 yang banyak berjasa.
Dan kisah bawa kereta pula bila aku ditukarkan ke Putrajaya, di mana jarak rumah sewa dan tempat kerja dalam 30km. Mula-mula aku naik motor je merempit pergi kerja, tapi bila ibu dengan ayah kata risaukan keselamatan aku bila naik motor jauh-jauh, so aku pun decide belajar kereta dengan suami aku. Ambil masa dalam sebulan jugak untuk beranikan diri. Sampailah satu saat tu aku cakap dekat husband ' Isnin depan sayang akan bawa kereta pergi kerja. Inilah masanya' heheh . So dari saat tu aku slow-slow beranikan diri bawa kereta dan Alhamdulillah, sekarang dah dekat 2 tahun dah drive sendiri pergi kerja. Paling jauh aku pernah drive sendiri ialah di Melaka, sebab ada program Jabatan, Jenis aku ni pulak, aku malas dan tak suka susahkan orang untuk tumpang dan sebagainya, so aku prefer gerak sendiri je kalau tak terdesak. Ada tak yang segeng dengan aku tak?
Jadi, advise aku untuk orang yang takut bawa kenderaan sendiri, which is motor atau kereta, korang kena face it! Itu je cara dia. Selagi kita tak berani nak hadap, sampai bila-bilapun kita takkan pandai. Dulu aku pernah menangis tau sebab jelous tengok orang lain boleh bawa kereta. Lagipun sekarang ni drive tu ialah keperluan untuk seseorang lagi-lagi perempuan macam aku. Takkan nak berharap pada suami sampai bila-bila kan? Jadi bangun, dan cari keberanian tu.
So pengalam korang pulak macam mana? cerita dekat komen bawah tau!