Dua ribu lapan belas (2018)
Asyiqin
January 01, 2018
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca
Selamat tahun baru 2018
Semoga tahun baru ni memberi semangat baru buat semua untuk menempuhi dunia yang penuh pancaroba ini. InsyaAllah (:
Tahun baru bagi aku?
Aku juga seperti orang lain, megharapkan semuanya lebih baik dan lebih berganda indahnya dari tahun - tahun sebelumnya. Semoga aku dapat menjadi seorang isteri yang tersangat sempurna buat suami, seoarang anak yang taat dan patuh pada ibu bapa, seorang adik dan kakak yang sentiasa ada untuk adik beradik ketika memerlukan, seorang menantu yang baik, seorang pekerja yang cekap dan segalanya yang baik-baik sahaja.
dan yang paling utama...
........semoga di tahun baru ini aku dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai amanah teristimewa dan juga sebagai tempat kami bermanja dan bergurau senda.. Takkan ade harapan paling indah buat kami selain ini. Semoga ada sinar dan harapan untuk kami pada tahun baru ini.
Doakan kami selalu ye.
Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya,
Sekian
Sekian