Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu.
Dah lama tak join Segmen. Tadi masa blogwalking terjumpa pulak segmen ni dan terpanggil untuk join. Hihi.. so lets start!
Nak join boleh klik banner ni
Bila Blog ditubuhkan
Kalau tengok pada entri pertama blog ni ialah pada 29 Jun 2010 kan? Tapi sebenarnya tak. Blog ni dah ditubuhkan awal lagi dari tarikh tu tapi entri-entri telah dipadam atas sebab-sebab tertentu. Tapi kalau nak secara officialnya, boleh lah ambil tarikh 26 Jun tu.
Eh? blog ni dah berusia 8 Tahun? wohoo! kalau ade anak dah darjah dua dah ni. hihi
Maksud Tersendiri nama dan Url Blog
Asyiqin
https://asyiqin89.blogspot.my
Ini nama sendiri sebenarnya. Memang suka letak nama sendiri dekat mana-mana account media sosial. 89 tu pulak tahun lahir aku. So.. as simple as that lah :)
Ceritakan Pahit Manis sebagai seorang Blogger
Pahit?
Takde.
Manis?
Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan blogger walaupun cuma di alam maya ni. Dapat baca cerita-cerita yang mereka post, tips, dan lain-lain lagi
Satu lagi happy bila dapat menang Giveaway atau Contest, walaupun cuma topup RM5. Rasa happy tu taktau nak cakap mcm mana, tapi memang super duper happy lah! haha Nasihat kepada blogger lain Nak nasihat pun rasa macam segan pulak sebab blog aku pun just blog picisan dan lebih berkonsepkan peribadi yang cerita perihal hidup sendiri je. Tak pernah join event mana-mana ataupun jumpa face to face dengan mana-mana blogger. Dalam hati teringin sebenarnya tapi masa agak mencemburui sekarang ni.
Jadi harapan aku, semoga ukhwah kita sebagai blogger kekal sampai bila-bila walaupun cuma di alam maya je. Mana tau satu hari nanti ade rezeki boleh jumpa ramai-ramai kan?
Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.
Dato Siti Nurhaliza selamat bersalin l Jarang sebenarnya aku post cerita berkaitan artis ni, tapi untuk harini aku teruja sangat nak buat entri ni tau. Alhamdulillah, buah hati rakyat Malaysia ni dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang pastinya sangat comel kan? Tak sabar nak tatap wajah bayi syurga ni :)
Melalui kenyataan rasmi di Instagram beliau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi, hari ini (19 Mac 2018)
Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.
Bersalin pada Hari Isnin, 1 Rejab
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.
Idola bagi TTCians
Semua sedia maklum kan yang Dato Siti merupakan ex-ttcians yang menunggu hampir 12 tahun sebelum dikurniakan rezeki yang tak ternilai harganya ni.Bayangkan dalam masa 12 tahun ni mesti beliau dah hadap bermacam-macam kata sindiran dan tohmahan hanya disebabkan belum hamil lagi. Orang yang kuat je dapat lalui semua ini. Kalau aku yang cuma 3 tahun pun kadang-kadang dah rasa down, apalagi ttcians yang berbelas tahun lalui perjalan ttc ni. Semua yang berlaku ade hikmah. Allah swt maha mendengar dan maha memberi. DIA yang paling tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Jadi untuk semua ttcians, jom kita teruskan usaha. Jangan mengalah dan berputus asa! Pedulikan kata-kata orang sebab mereka tak faham. Doakan mereka-mereka yang tak faham ni supaya berubah dan sokong kita pula. InsyaAllah dengan izinNya..
Apa khabar hati hari ni?
harap terus sihat dan ceria :)
Untuk pos kali ni, aku nak cerita tentang rutin terbaru yang aku amalkan, iaitu double cleansing. Dah dekat sebulan jugak aku amalkan dan nampaknya perubahan pada kulit wajah agak positif dan memberansangkan, so why not tak share dekat blog ni kan, benda baik patut dikongsi :)
Double Cleansing ? Ape tu ?
Masa mula-mula dengar pun dah tertanya-tanya apebenda lah ni. Dengar bunyi macam kene cuci muka dua kali ke. Tapi kenapa kena cuci sampai dua kali? sekali tak cukup ke, Macam membazir je?
Ni lah yang berlegar-legar di fikiran aku masa mula-mula dengar terms ni. Gali punya gali , baca artikel semua baru faham yang double cleansing ni merupakan teknik paling utama yang diamalkan oleh wanita-wanita korea untuk penjagaan wajah. Sebabnya, bila mencuci muka dengan pencuci biasa sahaja, masih belum tentu lagi kotoran atau minyak di muka akan hilang sepenuhnya, lagi-lagi bagi mereka yang gemar menggunakan makeup. Jadi dengan penggunaan double cleansing, segala minyak, sebum dan kotoran dimuka dapat dicuci di tahap optimum.
Kotoran di wajah kita ade 2 jenis, iaitu minyak dan air. Kotoran minyak seperti sunscreen, sebum tu lebih efektif dengan menggunakan minyak. Pernah dengar kan yang minyak dan air tak boleh bergabung? Jadi sekiranya kita membersihkan wajah yang berminyak menggunakan pencuci water based semata-mata, walaupun kita rasa dah bersih, tapi sebenarnya tak. sebab tulah jerawat segala tumbuh balik dekat muka.
Step by Step double cleansing
STEP 1 : Gunakan pencuci oil-based.
Biasanya dekat packaging dia akan terus tulis oil cleanser dan kebanyakannya sesuai untuk semua jenis kulit. Dekat Watsons dan Guardian pun banyak, korang boleh cari ikut brand yang digemari. Cara guna dia senang je, tapi berbeza sedikit dengan pencuci biasa.
cleansing Oil - pic dari google
Sebelum guna. pastikan muka dan tapak tangan kering.
1) Pump/tuangkan pada tapak tangan
2) Gosok tapak tangan sampai rasa macam panas-panas sikit
3) Sapu di seluruh muka, urut-urut sikit
4) Titiskan air pada wajah yang ada cleansing oil tu, urut-urut muka sampai oil tadi jadi warna putih
5) Bilas dengan air
STEP 2 : Gunakan pencuci water based atau pencuci muka harian
Lepas cuci muka dengan cleansing oil, teruskan pulak cuci muka dengan pencuci muka biasa yang korang guna, cuci muka macam biasa je. Bia dah siap, korang boleh belek-belek muka depan cermin dan rasailah perbezaannya. haha!
Untuk aku, aku gunakan cleanser macam di bawah ni, serius sangat best pada muka tau.
My double cleansing routine:
Step 1 : Nutox Cleansing Oil
Step 2 : Gel Pembersih Wajah SRG Beetox
Kena pakai hari-hari ke?
Untuk double cleansing ni aku akan guna sehari sekali je, biasanya lepas balik dari kerja. Kalau hari cuti kalau tak keluar rumah just pakai cleanser beetox tu je sebelum mandi. Sebabnya pergi kerja aku akan apply segala serum, essence, moisturiser dan sunblock tu dengan mekap sikit-sikit. Jadi bila balik rumah tu memang nak muka betul-betul bersih baru rasa selesa.
Kalau hari cuti dan ade dekat rumah je aku selesa tak pakai apa-apa skincare dekat muka, just pakai bedak baby je, jadi takde keperluan pulak untuk buat double cleansing.
Untuk dapatkan kulit muka yang bersih kita memang perlu melabur sedikit. Tapi bukan mahal pun buat double cleansing ni. Harga cleansing oil ni pun dalam range RM30-RM60 je sebotol yang mampu bertahan berbulan-bulan. Nutox tu pun aku beli dalam RM32 je haritu dekat Guardian. Jadi aku rasa tak rugi pun.
Bila muka bersih, mekap pun senang nak pakai dan lebih tahan lama dekat muka. Jerawat pun segan nak ada tau. Jadi, jom amalkan dan sama-sama kita nikmati kebaikannya :)