Monday, April 2, 2018

Adab letak kat mana?

April 02, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam (:

Pernah tak jumpa seller yang tak beradab? Tak kisah la kat mana-mana pun, dari pada urusniaga online sampailah yang dekat kedai biasa tu. Apa nak buat ye kalau jumpa dengan seller yang macamni?

Situasi Pertama 

Al kisahnya hari jumaat lepas, aku dengan sorang lagi officemate ni makan dekat satu kedai berkonsepkan Korea dekat salah satu Mall dekat cyberjaya ni. Dia claim restoran dia tu No 1 in Malaysia. huh! Aku order satu lunch set , yang dalamnya patut ade nasi, sup dan air. Tapi sampai nasi aku dah nak habis, sup masih tak sampai lagi

Bila tanya kat pekerja dia, cakap sup on the way la apa la. Tapi lepas beberapa minit aku tunggu, sup kimchi aku tu masih tak sampai-sampai lagi,aku pun malas nak tunggu dan terus ke kaunter untuk buat bayaran. Masa inform pada cashier yang sup aku tak sampai lagi, dia terus buat muka tak bersalah dan cakap oh, sup dah habis, Dah la cashier tak reti cakap bahasa Malaysia! OMG dah kerja dekat Malaysia kot.. sepatah pun tak kan tak boleh cakap in BM? Kalau setakat staff di belakang tabir tak kisah la, ni cashier ! 

Bengang!

Aku bukan bengang pasal staff tak boleh cakap BM tu, tapi bengang sebab aku terpaksa buang masa menunggu dan dorang takde pulak inform yang sup tu dah habis masa aku order? Masa aku tanya kenapa sup tak sampai lagi pun dorang takde cakap sup dah habis tau tak. Sakit betul hati. Bila kita complaint dia bagi 10 percent diskaun je pun. Tak berbaloi langsung rasanya dengan masa yang terbuang tu.

Aku argue kanapa tak inform sup dah habis? Kenapa ambil order juga kalau tau sup dah habis? Tau pulak cuak tu. tapi langsung tak mintak maaf. Tapi disebabkan ramai orang nak bayar kat belakang, aku malas nak argue banyak-banyak. Tapi tahiah lah ye, korang dah hilang seorang customer dan memang aku tak kan recommend kedai tu  buat sesiapa pun. Bad customer service!

image: google

Situasi Kedua

Kejadian kedua ni pada hari sabtu. Lepas balik dari majlis tunang sepupu di Kg Labohan Daganng Bating, aku dan adik-adik aku singgah Nilai Square nak beli kain ela buat baju kurung. Bila sampai dekat salah satu kedai yang jual kain-kain tu, ade sorang lelaki cina ni (tokey kedai kot) approach kitorang dan ikut je mana kitorang pergi. Biasalah sambil tengok kain sambil tanya harga kan. 

Tapi muka dia memang masam mencuka la sejak kitorang masuk kedai tu. So mood pun macam ke laut je nak tengok kain-kain kat kedai tu.Bila takde yang berkenan di hati, kitorang nak pergilah survey kedai sebelah pulak. Boleh pulak dia cakap macam ni lepas kitorang pergi;

''Tanya harga tapi tak beli, takde duit tak payah la masuk''

Eh uncleeeee.. kau dah kenapa? Dia ingat aku tak dengar ke ape. Rasa nak pusing je pergi dekat dia balik dan sound, tapi malas nak gaduh depan adik-adik. So, aku biarkan je lah bagai angin yang lalu. Bila dah beli kain kat kedai sebelah, dengan bangganya aku lalu kat kedai uncle tu tadi dan angkat plastik-plastik tu tinggi-tinggi bagi uncle tu nampak. hahaha! 

Btw. kedai sebelah design lebih kurang sama je tau tapi disebabkan orang yang melayan kitorang tu senyum je , tu yang sampai 5 pasang duk borong tu. huhu.. see? Bila seller layan kita dengan baik, mood buyer pun berbunga-bunga tau. Dari niat nak beli sepasang je terus sambar 5 pasang. See? Betapa hebatnya kuasa sebuah senyuman. haha!


Berniaga lah dengan ikhlas..

Buat semua seller dekat luar sana, berniaga lah dengan ikhlas, tolong jaga adab dalam berniaga. Memang tak dinafikan yang 'customer not always right', tapi kalau dah terang-terang anda yang salah, please la minta maaf. Tak susah pun kan.. Kalau nak rezeki murah, tolong la jangan buruk sangka dengan customer, tak baik tau, nanti bila customer lari, korang jugak yang rugi nanti kan ? 

Sampai jumpa lagi di lain entri (: 

Saturday, March 31, 2018

Thursday, March 29, 2018

Skill penulisan yang kian malap

March 29, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam!

Sejak kebelakangan ni aku hanya dapat update entri waktu malam je, sebab siang dah terlalu sibuk dengan urusan kerja dekat office tu. Tp buat masa ni, aku masih lagi sempat blogwalking dan tinggalkan jejak dekat blog rakan-rakan blogger yang lain. Walaupun tak pernah lagi jumpa, tapi rasa seronok bila dapat berinteraksi macam ni, selain dapat menambahkan ilmu dari pembacaan dan menambahkan lagi skill penulisan. chewah..

gambar : weheart it

Sebut tentang skill penulisan ni, teringat zaman masa sekolah dulu-dulu, selalu jugak karangan dan essei kena puji dengan cikgu, menang dalam pertandingan reka puisi, masuk pertandingan pantun dan macam-macam lagi yang melibatkan BM dan penulisan.  

Tapi tu dulu... sekarang skill tu dah makin malap dan kelam. sedih pulak, tapi nilah hakikat yang aku perlu terima. Kalau ada mana-mana tempat yang buat kelas penulisan, memang rasa nak join je untuk asah balik skill yang dah berkarat ni. Sebab aku memang minat menulis pun sebenarnya. Eh, sekarang ni menulis ke menaip ea? haha (abaikan) 

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan (: 

Sampai di sini sahaja hari ni, jumpa lagi di lain post :) 


Wednesday, March 28, 2018

Apa nak buat kalau rindukan seseorang ?

March 28, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Rindu..

Yang baca ni ade tak rindukan sesiapa macam aku sekarang ? Rindu sangat sampai nak nangis tau! huwaaa. Okey takla, drama je nangis-nangis tu. Hati kena lah kental kan. 

gambar : google

Ubat rindu paling mujarab?

Biasanya, bila rasa rindu apa yang kita perlu buat? Update dalam sosial media? Call orang yang kita rindu tu?Sebenarnya yang paling bagus ialah bila kita sampaikan rindu kita pada seseorang tu melalui DIA. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang.

InsyaAllah bila kita  minta sungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tetapkan hati-hati orang yang kita rindu untuk tidak berpaling arah, dan sekiranya orang yang kita rindu itu sudah tiada lagi di dunia ini, semoga Allah tenangkan hati kita dan ubati kerinduan itu seiring masa yang berlalu. InsyaAllah.


Ustaz Don Daniyal pernah pesan:

"Kalau rindukan seseorang , letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia. InsyaAllah "


Kenapa surah al fatihah?

Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekedar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga dapat membantu memperluas rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.


Sakit rindu itu satu ujian
Kerinduan dan kesedihan dan kesakitan yang kita alami hanya kita sendiri je yang tahu kan? Tapi yakinlah, Allah takkan menguji kita di luar kemampuan diri kita sendiri. Semua yang berlaku ade hikmah. Kita kena yakin dengan aturan Allah SWT. Semoga orang-orang yang kita rindu berada di dalam lindungan Allah SWT sentiasa. InsyaAllah (: 

Tuesday, March 27, 2018

Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

March 27, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Selamat malam.
Semoga malam ini menjadi malam yang indah buat semua.

Sebenarnya dah 2 hari aku ambil cuti rehat. Esok dah kena kerja! Tadi dekat group whatapps kerja, banyak betul task yang bos bagi. Dateline nye pun semua dekat-dekat tau. Nak buat macam mana kan, kena hadap jugak, selagi kerja tak settle selagi tu hidup aku tak kan tenteram. Nak pass task dekat org lain memang bukan perangai aku. Aku pun tak suka orang usik kerja aku melainkan atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. 

Jadi malam ni, aku nak share pada korang cara aku dalam memastikan apabila kembali bekerja selepas bercuti, aku akan tenang dan cool walaupun ada workload yang tinggi. hihi,

Image : google


Tips persiapan kembali bekerja selepas habis bercuti

1. Hantar progress kerja ke emel 

Aku ada 2 jenis emel yang berbeza ; kerja dan peribadi. Setiap hari dalam 10 minit sebelum balik kerja, aku akan catit apa-apa kerja yang masih belum diselesaikan di dalam draf emel peribadi. Semuanya termasuk la words, power point atau dalam apa-apa bentuk pun yang berkaitan dengan task tersebut. Bila draf tersebut dah lengkap, aku akan sent kan pula draf tersebut ke emel kerja. 

Dekat sini dah ade 2 kebaikan tau. Pertama, aku akan alert tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan bila aku sampai office keesokan harinya. Kedua, bila aku tak bawa pendrive atau harddisk (incase pergi outstation atau cuti kecemasan), aku tak perlu risau sebab semua kerja dan dokumen yang diperlukan tu dah ade dalam emel, so, boleh buka je emel dengan senang hati (:


2. Bila sampai je office, bersihkan meja dulu

Ni mungkin salah satu habit aku yang agak membantu. Tiap-tiap pagi memang selalunya aku akan bersihkan dulu meja sebelum on PC. Alah, dalam seminit dua je pun. Lap-lap lah meja sikit, sembur perfume sikit bagi wangi dan tadaaaa.. mood tu mesti akan berubah tau. korang kena try yang ni!, Sebab bila meja dah bersih (pada pandangan mata aku lah), dan dah wangi, aku akan rasa nak melekat je kat meja kerja dan taknak pergi mana-mana pun. haha!


3. Baca doa sebelum mulakan sesuatu kerja

Yang ni wajib buat tau. Untuk aku, aku takde doa yang khusus pun atau doa yg sama setiap hari. Aku akan doa apa-apa sahaja yang terlintas di hati aku pada masa tu. Tak kisah lah nak doa panjang ke doa pendek-pendek ke, yang penting kena sungguh-sungguh doa, macam yang kita doa selepas solat tu. InsyaAllah, lepas tu kita akan rasa ikhlas dan lebih tenang untuk buat kerja tersebut. 

...............................................

Ni tips yang ak apply kan untuk diri aku sendiri. Sekiranya korang yang baca ni rasa sesuai dan kena untuk korang pulak, boleh lah sama-sama cuba ye! Semoga kita semua menjadi pekerja yang berdedikasi hendaknya, InsyaAllah (:


Post Pilihan

randomposts

Followers