Pengalaman pertama kali memandu di Kuala Lumpur
Asyiqin
April 17, 2018
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Ahad yang lepas, aku join Bengkel Videofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) bertempat di MaTiC. Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ni merupakan aktiviti aku yang pertama dengan KBBA9 selepas menjoinkan diri dalam KBBA9 pada Mac yang lepas. Seronok, tapi yang ni aku akan cerita di entri lain. Sabar tau! hehe
image: google
Wishlist 2018
Korang tahu tak? sebenarnya salah satu wish list aku pada tahun 2018 ni ialah untuk drive masuk KL! haha. Nampak senang je kan? tapi entah kenapalah aku agak risau kalau tengok org drive masuk KL. Mungkin sebab sikap pemandu disana yang bagi aku macam over kot. Sampailah kalau takde yang hantar, aku sanggup naik erl/ktm sekiranya nak pergi KL. Padahal dulu sewaktu bertugas di KL, aku selamba je merempit dari Batu ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail. Ada beza ke motor dengan kereta Asyiqin? entahlah. haha!
Kenapa naik kereta?
Memang mula-mula aku nak naik pengangkutan awam je ke sana. Tapi suami lah yang bising suruh je bawak kereta. Katanya aku dah pernah drive sendiri jauh-jauh ke PD, ke Melaka, takkan lah KL yang dekat sekangkang kera je dari rumah tu tak nak drive kan? Haha. Maka bermula lah dialog ini :
Aku : "Awak percaya ke saya boleh drive masuk KL? hihi.."
Suami : "Mesti boleh punya"
Dari situlah semangat tu makin meluap-meluap tingginya. Haha!
Guna Google Maps
Aku ni tak tahu sangat selok-belok KL. Bukan KL je, nak balik rumah kalau ikut jalan lain pun aku kena buka Google Maps dulu, baru rasa diri berada di jalan yang betul. haha! Kebetulan, aku ada ajak officemate jugak untuk turut serta dalam bengkel tu, tapi rupanya dia pun tak reti jugak jalan nak ke MaTiC tu. So bergoogle maps lah kita ye. Google Maps ni memang banyak memudahkan aku untuk ke mana-mana. Jarang sangat destinasi atau jalan yang ditunjukkan tu salah.
Jalan tutup pulak!
Ahad haritu jalan yang nak ke MaTiC tutup sebab ada fun run. Jawabnya sebab kitorang ni tak tahu jalan, maka 3 kali lah kami berpusing pusing di tempat yang sama. Nasib baik kali ke 4 akhirnya polis buka jalan tu. kalau tidak agaknya berapa kali pusingan lah kami lalui haritu ea? haha!
Selamat sampai dan Selamat Pulang
Alhamdulillah, akhirnya berbekal kan confident level dan keberanian yang tinggi, akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Masa nak balik rumah pun smooth je walaupun tersasar masuk lorong smart pulak. Argh! masuk terowong ni memang aku tak suka. dah la panjang nau! Terbayang cerita zombi di fikiran masa lalu kat sini. haha!
Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian pemanduan aku setakat ini. Lepas ni dah berani dah nak drive ke mana-mana pun. InsyaAllah, amin..