Saturday, May 5, 2018

Buffet Ramadhan dengan menu yang istimewa di Restoran Rallegra Taman Equestrian Putrajaya

May 05, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Minggu lepas aku berkesempatan untuk memenuhi jemputan preview Ramadhan daripada Restoran Rallegra di Taman Equestrian di Presint 5 Putrajaya. Memang dekat betul dengan office aku di Presint 4 tu. So, lepas habis waktu kerja, aku terus ke sini dengan ditemani rakan sepejabat, Amy.


Lestari Sejuta Rasa Mengabdikan Kenikmatan Pelbagai Hidangan Terbaik dari Dapur Restoran Rallegra Putrajaya

Restoran Rallegra bukan sahaja mampu memuatkan lebih daripada 300 pelanggan dalam satu-satu masa, malah pada tahun ini, ia akan menyajikan lebih 150 jenis menu, 12 gerai makanan dan live cooking juga turut dipersembahkan ketika pelanggan menjamu selera juadah yang dihidangkan.

Anta menu istimewa yang diketengahkan pada tahun ini ialah Lidah Lembu Bakar, Ayam Shawarma, Kambing Panggang dan Daging Panggang kuah Asam, ikan keli berlada, Siput sedut Cili Api Batang Keladi, Ayam Daun Selasih, Kway Teow Goreng, Laksa Kedah, Murtabak, Keropok Lekor, Goreng Pisang, Ubi Keledek, Pengat Pisang, Tapai, Pulut Daun Getah, Lepat Pisang inti kelapa dan macam-macam lagi tau! 

 Sayur kobis masak Bombay

 Udang Sambal Petai

 Ikan keli sambal berlado

 Ayam Masak Rose

 Ayam Goreng Berempah

 Puding sedap!

 Puding roti best!

kuih muih..

kebab

Buah buahan

Goreng Pisang

Kambing Panggang

Antara tetamu dan media yang hadir

Rasai Sendiri Pengalaman menaiki kereta kuda selepas berbuka

Pada bulan Ramadhan tahun ini, Aktiviti menaiki kereta kuda juga turut disediakan tau! Dengan harga yang berpatutan, iaitu RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda di dalam kawasan Taman Equestrian Putrajaya. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.




EARLY BIRD PROMOTION! 
1 April - 18 Mei 2018 : RM59 (Dewasa) / RM33 (Kanak-kanak)


HARGA BIASA 
19 Mei - 13 Jun 2018 : RM78 (Dewasa) / RM39 (kanak-kanak)


Tempahan dan Pertanyaan Lanjut
Call : 03-80008914 / 8902
Website : www.tep.my



Mengenai Taman Equestrian Putrajaya

Taman Equestrian Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya di mana berinspirasikan konsep taman dalam bandar yang menampilkan keindahan alam semula jadi.

Ia dibuka pada tahun 2006, dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjung yang berminat untuk belajar menunggang kuda. Selain itu, ia turut menawarkan aktiviti stable Tour buat para pengunjung yang berminat untuk melawat kandang kuda.

Taman Equestrian ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara antarabangsa mahupun sukan nasional seperti KL SEA Games 2017, Premier Cup Series Horse Show, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan Malaysia (SUKMA)

Taman Equestrian Putrajaya diuruskan oleh : 
Putrajaya Leisures & Services Sdn Bhd (PULSE Group)


Friday, May 4, 2018

Giveaway Saya Nak Menang Buku Terbaru Teme

May 04, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tadi masa aku search hashtag untuk #pbakl dekat instagram, ramai betul yang post gambar dengan penulis Teme ni. Dalam hati tertanya-tanya jugak, siapa dia ni? apa yang best sangat dengan buku dia sampai ramai betul peminat ? 

Dan kebetulan, masa blogwalking tadi terjumpa dengan Giveaway ni, so memang terus terlintas nak join. Mana tahu dapat buku free! haha. Kalau tak dapat pun takpe, nanti aku akan beli jugak, nak jugak review dan cari tahu apa yang best sangat tu kan?

So dengan lafaz Bismillah, aku join GA ni!


Korang yang nak join pun sila laju-laju klik banner di atas ni ye!
GA ni akan ditutup bila-bila masa sahaja tau!

Semoga bertuah!


Thursday, May 3, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

May 03, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.


Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak Agrofarmstay tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.



Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Agrofarmstay juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. 



Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, Agrofarmstaytay ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali pihak Agrofarmstay akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti.



Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari :



Whatsapp / SMS / Call:

012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:

06 – 232 2761





Wednesday, May 2, 2018

Random Quotes #1

May 02, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Random Quotes.

Aku memang macam ni. Kalau terasa kurang bersemangat, aku suka pick random quotes. Cara dia senang je. Korang buka google image, taip random quotes. Lepastu sambil tutup mata, scroll mouse  laju-laju dan dengan spontan terus klik dekat mana-mana quotes yang ada dalam tu. Ini quotes yang aku dapat untuk hari ni :





Deep sangat maksud dia kan?

Kepercayaan..

Jangan pandang rendah pada kebolehan orang lain. Kalau kita bagi ruang pada seseorang untuk buktikan kehebatan dan kebolehan masing-masing dengan cara sendiri, kita mesti terkejut dengan hasil yang tak disangka-sangka.


Setiap orang ada cara masing-masing, ada pendapat masing-masing dan ada pegangan masing-masing. Aku tak faham lah kenapa ada orang yang selalu taknak terima dan tolak mentah-mentah pandangan dan pendapat orang lain. Bagi dia, semua tu tak betul. Semua orang salah. Semua orang kena ikut cara dia.


Biar orang tu jadi diri dia sendiri, tak perlu dia nak ikut cara kau yang belum tentu sesuai untuk diri dia. Tak perlu dia bertopengkan kepura-puraan semata-mata nak puaskan hati kau dan kehendak kau.


Ye,
kami tak perlukan pun topeng tu..

Tuesday, May 1, 2018

Selamat Hari Pekerja 2018

May 01, 2018
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Gambar seorang Asyiqin tengah bekerja. 
Masa ni tengah tunggu peserta bengkel masuk kelas. 


Selamat hari pekerja bagi semua pekerja di Malaysia. 

Aku cuti sambil goyang kaki je dekat rumah ni. Suami pulak kena kerja walaupun harini hari cuti. Kerja shift memang tak boleh nak demand kan. Dulu pun aku pernah merasa juga kerja shift sampai 12 tengah malam. Best dan seronok kalau ingat balik. 

Tapi kerja sebagai penjawat awam sekarang ni pun seronok jugak. Cuma aku kena ambil masa je nak menjadikan kerja ni best untuk aku. Walaupun kerja yang aku buat sekarangni tak tergolong dalam minat dan apa yang aku suka buat, tapi InsyaAllah slow-slow aku akan cintakan kerjaya ni nanti.

Aku sentiasa percaya apa sahaja yang Allah kurniakan pada aku merupakan yang terbaik untuk aku. Lagipun baru 3 tahun lebih je kerja dekat sini, masih mentah sangat-sangat. Banyak lagi yang aku kena belajar dan ambil tahu.

Harini memang nak taip entri pendek je tau. So, jom layan lagu feveret iols ni. Kembalikan semula semangat yang hilang tu! 



Fight Song by Rachel Platten

Like a small boat

On the ocean

Sending big waves

Into motion

Like how a single word

Can make a heart open

I might only have one match

But I can make an explosion
And all those things I didn't say

Wrecking balls inside my brain

I will scream them loud tonight

Can you hear my voice this time?
This is my fight song

Take back my life song

Prove I'm alright song

My power's turned on

Starting right now I'll be strong

I'll play my fight song

And I don't really care if nobody else believes

'Cause I've still got a lot of fight left in me
Losing friends and I'm chasing sleep

Everybody's worried about me

In too deep

Say I'm in too deep (in too deep)

And it's been two years I miss my home

But there's a fire burning in my bones

Still believe

Yeah, I still believe

Post Pilihan

randomposts

Followers