Harini appointment untuk jumpa Doktor. Dalam jam 9.00 pagi dah siap daftar semua terus naik ke klinik infertiliti di Aras 5. Masa masuk tu dah ade beberapa pasangan yang sedang tunggu. Duduk lah kami suami isteri tunggu nama dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Dalam beberapa ketika lepas tu nurse panggil untuk masuk.
Doktor yang incharge masa tu ade 2 orang. Seorang melayu dan seorang india. Yang melayu kenalkan nama sebagai Dr Mariya, yang seorang lagi aku tak berapa ingat namanya. Maaf Dr..hehe. Tapi yang bercakap dengan aku tu Dr Mariya je lah.
Dr Mariya ni soft spoken sangat. lembut giler suara dia. Melting.. hehe
KEPUTUSAN UJIAN DARAH DAN SPERM ANALYSIS
Mula-mula Dr Mariya terangkan berkaitan keputusan ujian darah dan sperm yang kami dah buat sebelum ni.
Ujian Sperm ok
Ujian Darah suami ok
Ujian Darah isteri ok
cuma...
Kadar bacaan Hormon Progesterone isteri rendah sikit
Dr inform hormon progesterone ni penting untuk bantu telur membesar bagi tujuan persenyawaan. Kalau rendah, kemungkinan teluar wanita tak kan cukup matang untuk disenyawakan. Lebih kurang begitu lah ayat dia.
Tapi, Doktor inform jangan risau sebab Doktor akan bantu bagi ubat untuk bantu besarkan telur -telur tu. Memandangkan period aku teratur setiap bulan, jadi doktor cakap senang nak monitor pengambilan ubat tu nanti.
SEMUA PROSEDUR SEPERTI DI LPPKN DULU PERLU BUAT LAGI TAK?
Oh ya untukHysterosalpingogram (HSG),Doktor cakap yang aku tak payah buat lagi sebab aku dah buat HSG dan Pap Smear semasa rawatan di LPPKN dulu. HSG adalah prosedur memasukkan cecair ke dalam tiub falopio wanita untuk test sama ada tiub tersumbat atau tidak. Alhamdulillah kedua-dua belah tiub aku okey. Doktor Mariya kata tiub kita ni susah nak tersumbat, so keputusan 2 tahun lepas masih boleh diterima.
NEXT STEP
Untuk step seterusnya, Doktor Mariya cadangkan untuk aku dan suami bersama secara natural untuk 2 cycle. Sekiranya tak berjaya, maka Doktor akan proceed dengan iui dan sekiranya iui tak berjaya, baru proceed dgn ivf. Tapi mengikut Doktor, kes macam aku ni ialah kes yang paling biasa untuk infertility dan selalunya akan ade rezeki , kalau bukan natural, melalui iui sahaja. Lega sikit aku dengar. Tapi walau macam manapun Dr nasihatkan agar percaya pada perancangan Allah swt. Amin..
Doktor jugak bekalkan ubat-ubatan untuk aku makan pada next period cycle. Ubat-ubatan ni perlu ambil sendiri di Farmasi yang berada tingkat 3.
Ovamit (Clomid) 100mg (2 biji)- Ubat yang membantu membesarkan saiz telur. Makan pada hari kedua hingga hari ke enam period
Progynova (2 biji) - Ubat yang membantu dalam menebalkan dinding rahim. Makan pada hari pertama hingga hari ke empat belas period.
Hari ke 10 perlu jumpa doktor semula untuk buat TVS (Scan melalui faraj untuk cek saiz telur)
Alhamdulillah, doktor terangkan satu persatu dengan senyuman, so aku dan suami cepat tangkap dan faham. Bila keluar dari bilik doktor pun nurse tanya lagi pada aku dan suami, nak make sure kan yang kami faham. Nurse dengan doktor dekat sini semuanya soft spoken dan baik-baik belaka. Sejuk hati selalu.
--------
So, sampai sini sahaja untuk TTC Journey Part 5 aku. aku akan sambung lagi dalam Part 6 nanti. Wassalam..
Sebak pula dengar lagu ni. Lagi-lagi bila tengok dekat youtube dan baca komen-komen dalam tu. Walaupun aku dan suami baru je 4 tahun berkahwin, tapi ujian zuriat ni kadang-kadang menganggu emosi dan perasaan juga. Walau apa pun, semua tu ketentuan Allah kan. Kita usaha..usaha..usaha.. selagi boleh. InsyaAllah satu hari nanti... siapa tahu kan?
Jom dengar lagu ni sambil hayati lirik dia:
Lirik Lagu Anak by ACHEY
Lagu : Achey
Lirik : Achey
Siapa penggemar Body Mist? Yeay boleh geng dengan aku. Dekat rumah ni berlambak body mist, Tiap hari tukar bauan yang berbeza, kadang-kadang ikut mood jugak. So bila dapat tahu Althea ada keluarkan Body Mist baru, hati ni rasa teruja nak mencuba. Dan lagi excited sebab Althea bagi peluang cuba wangian ni dengan percuma. Waduh waduh.. bagai bulan jatuh ke riba!
Actually, New baby Althea ni merupakan hasil koloborasi bersama Pelakon dan Penyanyi Terkenal Indonesia, iaitu Titi Kamal. Tipu lah kalau korang tak kenal kan.. Alaaaa. yang berlakon dalam tipu kanan tipu kiri tu. haha. best tau lagu-lagu dalam filem tu, lain dari yang lain.
Titi Kamal sendiri yang pilih gabungan bunga dan buah yang dia suka untuk dijadikan sebagai haruman koloborasi ni. Harmoni bau Rose, Orange dan Peach ni memang best bagi aku.
Jom tengok jap video dekat bawah:
Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist X Titi Kamal - Interview
KEY INGREDIENT
Orange Flower extract - Refreshes the senses
Damask rose water- Keeps the skin hydrated and gives a gentle fragrance
Elder flower extract - Cools and soothes the skin, while giving out a feminine scent
Bukan wangian biasa
Kenapa aku cakap yang Mist ni bukan wangian biasa? Haa yang pertama, sebab bau dia bukan jenis bauan yang boleh buat kita pening macam sesetengah body mist yang lain. Yang kedua, bauan dia berasaskan bau floral dan fuity yang bergabung meletop kebabom. haha.. so terhasil lah satu haruman yang fresh.. rasa macam baru lepas mandi di tengah-tengah taman bunga gitu..
Dan.... paling best sekali, sebab dah obses sangat dengan bau ni, aku akan sembur je di mana-mana aku berada, bukan dekat badan je... tapi
Dalam bilik - aku sembur di langsir,cadar, selimut. Bilik kekal harum 2-3 Hari!
Dalam kereta - Aku sembur dekat kusyen je pun, wangian lembut dia tahan dekat 3 hari tau.
Dekat Office - Aku sembur dekat kerusi dengan cubicles - Tahan 1-2 hari (sebab aku sembur sikit je. haha)
So kalau korang nak tau sendiri best ke tak best, memang wajib pergi ke Website Althea sekarang!
TTC JOURNEY I PART 4 : KAUNSELING & SEMEN ANALYSIS (HSA)
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Untuk Part 4 ni aku nak rangkumkan sekali dua appointment di Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) Presint 8, Putrajaya. Untuk baca entri yang lepas, korang boleh klik link di bawah ni ye.
Harini kali pertama aku dan suami menjejakkan kaki ke PBBR. Selalunya kami nampak sign board dia je kat tepi jalan. Rupanya klinik Infertility Hospital Putrajaya di letakkan di sini. Kami datang dengan kereta, tapi senang sangat cari parking sebab tak crowded macam Hospital Putrajaya. Sampai sana terus cari Blok F, Sebab Klinik Infertility ni terletak di Aras 5, Blok F PBBR. Bila sampai di Blok F, Auntie Guard minta pergi daftar dulu di kaunter pendaftaran. Lepas siap daftar kena tulis nama dalam buku dan kemudian baru boleh naik ke atas.
Masuk je dalam klinik, nampak doktor-doktor pelatih tengah duduk dekat tempat menunggu, patient masa tu cuma aku sorang je. Bagi kad hospital dekat nurse dan nurse suruh duduk kejap. Masa tu datang 2 orang doktor pelatih perempuan minta izin untuk ikut serta masuk dalam bilik masa sesi kaunseling nanti, katanya nak belajar. Aku pun bagi je, suami pun tak kisah, sebab terlalu sopan dan lembut sangat minta izin tu.hehe..
Sesi kaunseling ni takdelah kaunseling macam dekat sekolah-sekolah tu tau. Haha.. Sesi kali ni aku dan suami tak jumpa doktor lagi, Nurse yang akan handle. Tapi nurse ni pun baik dan lembut sangat bercakap. Alahai bestnya buat rawatan dekat sini. hihi.
Mula-mula nurse tanya pengalaman aku di LPPKN. Aku beritahu yang dah on Clomid 2 cycle tapi masih belum ada rezeki. Lepastu nurse terangkan satu persatu prosedur yang akan dilakukan di PBBR ni. Alhamdulillah, aku faham semua yang nurse terangkan tu sebab aku pernah buat sebelum ni, Dari ujian darah, HSG, Semen Analysis, Clomid, IUI dan IVF. Nurse juga minta if suami merokok, mohon stop atau kurangkan kegiatan tu. Alhamdulillah, suami aku memang tak merokok. hehe..
So itu jelah untuk sesi kaunseling, lebih kepada sesi penerangan kepada pasangan mengenai prosedur yang akan dijalankan je.
2. SEMEN ANALYSIS (HSA)
Tarikh Appointment : 26 September 2018
Masa : 2.30 Petang
Sperm test
Harini aku ambil half day, manakala suami ambil cuti. Macam biasa, dah sampai PBBR kene pergi daftar dulu dan terus naik pergi lab. Masuk lab je nurse beri botol dan minta untuk keluarkan sperm dan masukkan dalam botol tu. Untuk keluarkan sperm kena buat di sebelah lab tu. PBBR ni dia macam rumah kuarter kerajaan, means yang jenis apartment tu. So kiranya lab tu rumah jiran A, tempat nak keluarkan sperm tu di rumah jiran B. Rumah lain-lain. Dalam rumah tu ade 3 bilik kalau tak silap. Satu bilik tu ade katil, ade aircond, ade bilik air semua lah so agak selesa, sebab kawan-kawan TTC di tempat lain ade cerita yang tempat mereka buat rawatan tu cuma ada toilet je.
Lepas selesai semuanya, hantar sample dekat nurse dan boleh balik.. Result segala ujian darah dan Sperm test akan diketahui bila jumpa doktor pada next appointment.
So, next entri aku akan cerita result dan apa yang akan doktor suggestkan okay. Stay tunned!