Bila meningkat usia, berat badan pun makin meningkat naik. Bila entah nak start diet dan exercise ni aku pun tak tahulah. Baju pun susah sangat nak cari sekarang ni. Yelah, dulu pakai saiz L je, sekarang dah XXL. Haru biru jadinya. Mujur jugak terjumpa satu website yang ada menjual baju-baju plus size macam aku ni dengan harga yang berpatutan. Nama kedai online tu Zucca. For sure ramai yang dah pernah dengar kan? Tempoh hari aku dah selesai order 3 pasang blouse untuk pakaian kasual. Cepat betul sampainya sebab mereka buat penghantaran pada setiap hari.Selain itu, Zucca jugak menawarkan Kos Penghantaran percuma untuk pembelian RM100 ke atas!
Benda bagus memang patut dikongsi kan? So lets check it out!
UNBOXING BLOUSE DARI ZUCCA
Yeay! Parcel dah sampai. Cepat betul. Penghantaran menggunakan Pos Laju. Poslaju memang merupakan kurier servis pilihan aku sejak dari dulu lagi, sebab tak pernah salah hantar, tak macam kurier lain yang asik suruh kita pergi collect je.huhu
Tadaaaaa! 3 Blouse pilihan iols dah sampai pun!
Wah, bukan blouse yang diorder je dapat, tapi Zucca Butik bagi free gift eye dan Face Mask tau! Thank you so much! Nah, 3 blouse yang aku order dari Zucca. Coklat, soft pink dan Maroon. Tak sabar nak try!
Blouse yang pertama ni aku ambil yang jenis berkolar. Walaupun pakai tudung dan tak nampak pun kolar ni, tapi aku selesa, sebab kain dia jenis yang tak panas tau. So takdelah nak berpeluh-peluh berbanding pakai baju biasa yang berkolar.
Tangan jenis bergetah dekat pergelangan tu, Jadi mudah nak selak baju ke atas masa ambil wuduk.
Butang pada blouse yang pertama ni dijahit dengan kuat dan tak mudah tanggal. Baju ni pun senang sangat gosoknya, menjimatkan masa kita.
Dan tadaaaaa! bila dipakai maca ni lah rupanya.. labuh melepasi punggung serta tak ketat. Sejuk je mata suami memandang bila pakai macam ni kan. Ahaha!
Blouse kedua yang aku order warnanya soft pink. Pastel-pastel gitu. Sebenarnya blouse ni aku belikan untuk adik, tapi aku rasmikan dan try dulu sebab nak rasa jugak macam mana rupanya pakai color pastel macam ni. hehe. Baju ni macam 2 pieces tau, sebab ada ombak-ombak renda dekat belah bawah tu. Tapi sebenarnya baju ni bercantum.
Ni bahagian leher baju, Ni sesuai untuk orang yang tak suka leher berkolar. Di belah belakang leher tu ada zip. senang untuk pakai dan buka blouse ni.
Di bahagian pergelangan tangan juga ada zip, jadi mudah sekiranya korang nak ambil wuduk nanti, unzip je dan lipat ke atas.
Ini lah jadinya bila dah terletak di badan. hehe. Cantik jugak rupanya kaler pastel macam ni, cuma lagi sesuai kalau yang remaja-remaja pakai. hehe sebab tu nak bagi dekat adik..
Leher baju ni sama macam blouse yag no 2 tadi. Tak berkolar, jadi sesuai untuk korang yang tak sukakan baju berkolar.
Ni details pada tangan dan juga renda pada tengah baju. Nampak klasik tapi ekslusif. Sesuai juga untu dipakai ke pejabat mahupun bersiar-siar di luar.
Corak sulaman pada pergelangan tangan. Nampak klasik kan, teringat masa zaman kecik-kecik memang banyak sulaman macam ni dekat fabrik seperti telekung dan alas meja.
Baju ni labuh dan sangat selesa untuk bergerak. Tak payah nak pakai korset dah untuk menyembunyikan apa yang patut. haha!
DEKAT MANA NAK BELI BLOUSE BEST NI?
So, untuk korang yang berminat untuk tengok blouse-blouse yang ada, boleh singgah di kedai online mereka. Banyak sangat pilihan, jangan rambang mata sudahlah. Boleh klik salah satu pilihan link di bawah ni tau!
Tahniah atas pencapaian 8 juta pageviw. Wow! hebat tu tau. Blog Sayidah Napisah ni pun nice, banyak info menarik dan tak crowded. Tu yang boleh lama-lama duduk dekat blog dia tu. hehe
Comel betul tengok ahli kumpulan Backstreet Boys yang dah jadi bapak dan bahagia dengan family masing-masing. Teringat zaman kecik-kecik dulu membesar dengan lagu-lagu band ni.
Band ini ditubuhkan pada 1993 dan ahlinya terdiri daripada AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson, dan Brian Littrell.
Video klip Lagu 'No Place' yang diupload pada 3 January 2019 ni dah dapat lebih 2 juta view! So jom kita tengok!