Thursday, August 15, 2019

Suaramu Syairku

August 15, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Suka pula aku dengar lagu ni sekarang.

Ori

cover


Suaramu Syairku- Harry Khalifah

Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku amat rindukanmu
Janganlah jangan kau jauh dariku
Tanpa wajahmu kelam duniaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku
Cinta berpadu

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu
Dekatlah padaku

Bisikkan aku katakan cintamu
Kerna suaramu bersyair laguku
Dendangkan aku dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Monday, August 5, 2019

Senang tak nak happy?

August 05, 2019
Assalamualaikum..
Salam Sejahtera buat semua


Hai hati. Ok ke? Happy ke?
Entahlah..

pic credit to google

Tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Mulut kata happy, kata okay, tapi dalam hati ni hanya tuhan yang tahu. Kadang aku rasa  diri ni tak berguna pun untuk sesiapa. Mulut dan hati nak meluahkan apa yang tersirat, tapi aku tak boleh. Aku tak percayakan sesiapa. Better diam daripada sakitkan sesiapa. Better bawa diri pergi jauh dari ada sekadar buat orang tak selesa.  

Aku rindukan diri aku yang dulu.



Wednesday, July 31, 2019

Only Love by Trademark

July 31, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Saje nak dengar lagu ni semula
Someone yang bagi lagu ni,
macam mana lah kehidupan dia sekarang kan?

semoga semuanya baik-baik je. InsyaAllah (:


Only Love by Trademark


2 a.m. and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

But only love can say - try again or walk away
But I believe for you and me
The sun will shine one day
So I'll just play my part
And pray you'll have a change of heart
But I can't make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough, if we learn to trust

[Chorus]

I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'd give our dream just one more chance
Don't let this be our last good-bye

[Chorus]

That's something only love can do

Friday, June 28, 2019

Life Update as at 28 June 2019

June 28, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua.
Rindu tak?
Lama sangat dah tinggalkan blog ni. Nasib baik masih belum bersawang lagi. hehe



Life Updated
Dah lama tak buat entri macam ni. Dah lama tak bercerita pasal diri sendiri.

Personal Life
Aku dan husband masih berdua, masih berusaha menuggu cahaya mata yang kami impikan. Namun alhamdulillah, walaupun masih berdua tapi kami bahagia. Masih boleh berdua kemana sahaja. Perasaan masih sama seperti masa bercinta dulu dan semakin berbunga. Syukur Ya Allah.

Rumah sendiri
Alhamdulillah, aku dah berjaya membeli rumah pertama atas nama sendiri. Rumah yang khas untuk penjawat awam. Rumah apartment sahaja sebab itu yang aku mampu. Ukur baju di badan sendiri orang kata. Walaupun loan government yang aku mohon tu layak untuk aku beli rumah landed, tapi komitment bulanan akan tinggi. Jadi biarlah. Biarkan yang biasa-biasa sahaja.

Kereta sendiri
Ini perancangan untuk tahun hadapan. Tahun depan baru kita update ye. hehe :p

Running Event
Tahun ni aktifkan diri dengan Fun Run. Banyak dah event yang aku join dan register. Ada yang masih belum update lagi. Nanti aku update ye. Slow slow.

Career Life
Dah nak masuk 5 tahun sebagai seorang penjawat awam. Kerja di pejabat, Waktu Kerja Office hour dan kadang kala outstation satu Malaysia. Memang kerja ini yang aku impikan sejak zaman universiti dulu. Kerja yang tak glamour tapi sekurangnya masih ada life untuk keluarga dan diri sendiri. Hidup bukan untuk kerja je kan? Kerja glamour dan banyak duit tapi kalau xde life, x sempurna rasanya.

Rasanya ini je kot. Ada masa aku update lagi. Take care semua. Jumpalagi di next entri (: 




Thursday, June 6, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

June 06, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Wah, berhabuk dah blog ni. 
Lama giler rasa tak update kan?

Harini pun dah Raya, dah kali kelima pun beraya sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, Tahun ni beraya di rumah mertua dulu, lepastu baru balik ke kampung halaman sendiri. Perasaan raya kali ni? Biasa-biasa je sebab wishlist masih belum tercapai. Wishlist ntuk beraya sebagai seorang ibu. 

Takpelah, sabar je.
Kita merancang tuhan menentukan
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Takde apa lagi pun nak update, cuma nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal ini dan hari-hari seterusnya kehidupan kita semua bertambah indah dan di dalam keberkatan Illahi. 

Jom tengok pic raya kami. hehe









Post Pilihan

randomposts

Followers