Himalaya Welness Supplement untuk TTCians : Shatavari dan Goshkura
Asyiqin
September 14, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua
Selain menjaga pemakanan dan juga senaman secara berkala, kita juga
disarankan untuk mengamalkan pengambilan supplement tambahan sebagai pelengkap
diet harian. Lagi-lagi dengan cuaca sekarang yang tak menentu, apatah lagi
tengah musim jerebu kan sekarang ni. memang kesihatan diri terutama kesihatan
dalaman perlu dititik beratkan.
Untuk orang yang tengah berikhtiar untuk hamil (TTC) macam aku dan
suami, kami memang mengamalkan pengambilan supplement yang berkaitan untuk
dalaman masing-masing. Sejak awal kahwin memang dah amalkan produk dari
Himalaya, sebabnya yakin sangat sebab supplement tu dari herba semulajadi, so
selamat dan takde kesan sampingan yang buruk sepanjang kami amalkan. Untuk baca serita pasal TTC Journey aku, boleh klik SINI
Himalaya Women Wellness Shatavari
Actually, semasa mula berTTC seawal 3 bulan perkahwinan kami aku memang
dah amalkan pengambilan Shatavari ni sebab Shatavari ni memang agak popular
dikalangan TTCians, sebab antara khasiatnya mampu stabilkan hormon dalaman
wanita, yang dapat membantu meningkatkan kesuburan.Cuma dulu packaging dia lain
sikit, sekarang dah upgrade jadi lagi cantik.
Apa yang aku perasan, sejak konsisten amalkan shatavari, sengugut yang
teruk aku alami sejak zaman anak dara dulu beransur-ansur hilang dengan
sendirinya, dan emosi aku pun senang nak handle. Takdelah rasa nak marah orang
je selalu bila tengah PMS. Yelah, hormon tengah tak betul kan masa PMS tu,
Selain tu, bila amalkan Shatavari ni, senang nak dapat Positive OPK
(Ovuvalation Test) setiap bulan. OPK ni bantu kita detect masa ovulation.
Alhamdulillah, memang senang sangat jumpa OPK Positif, tapi rezeki tu je yang
belum ada lagi. Soon, InsyaAllah. Allah sebaik-baik perancang kan?
Shatavari ni bukan untuk TTCians je tau, yang bukan ttcians pun boleh amalkan. Antara kebaikan Supplement ni seperti di bawah:
- Menormalkan
rembesan hormon.
- Membantu
dalam penyusuan susu ibu.
- Melegakan
simptom menopause
- Merawat
gejala PMS, melegakan kesakitan dan mengawal kehilangan darah
- Meningkatkan kesuburan dimana
ia menyuburkan organ pembiakan wanita dan mengawal ovulasi.
Himalaya Men Wellness (Goshkura)
Alhamdulillah, beruntung dapat seorang suami yang sangat supportive. Aku
ajak pergi rawatan, ikut, Suggest makan supplement pun tak membantah. Suami pun
dari dulu memang ada amalkan supllement, tapi bertukar-tukar brand. Katanya tak
jumpa lagi Brand yang dekat dihati. Chewah!
So bila restock Shatavari haritu, mata terpandang supplemet Goshkura ni,
memang khas untuk kesihatan dalaman lelaki, aku suggest husband untuk cuba.
Memandangkan husband ni kerja shift tak menentu, kadang tu dari awal-awal pagi
sampai lah ke tengah malam, so nampak muka yang keletihan bila balik dari
kerja, emosi pun kadang-kadang tak stabil sampai aku pun naik risau. Kadang
sampai demam-demam pun gagahkan diri pergi kerja. Orang workaholic kan, memang
jauh berbeza dengan aku yang jenis santai je ni.
Sejak amalkan pengambilan Goskura ni, lebih kurang sebulan lebih dah
pun, memang nampak sangat perubahan ketara tu. Bila balik rumah dah tak nampak
penat, nampak happy je dapat jumpa isteri comel dia ni, haha! Sama macam aku,
emosi dia pun dah boleh kawal. Emosi yang stabil dan badan yang bertenaga tu penting
tau untuk conceive. Tu sebagai salah satu ikhtiar untuk TTCians juga.
Cara Penggunaan
Ambil 1 biji selepas makan. Dimakan dua kali sehari
Untuk maklumat lanjut korang boleh
layari web Himalaya di bawah ataupun media sosial Himalaya.
Laman
Web : http://www.himalayainasia.com
Instagram
: https://www.instagram.com/himalayamalaysia