My New Reading ❤
Asyiqin
November 23, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Hai semua, selamat Hari Sabtu dan selamat Bercuti!
Dah lama rasanya aku tak membaca buku atau novel, setakat baca artikel dekat blog atau facebook je. Rindunya masa zaman rajin membaca dulu.. Dekat rumah aku ada banyak buku dan novel yang aku atau suami beli, tapi masih belum sempat buka dan baca pun. So, rasa nak mencabar diri sendiri untuk habiskan 3 buah novel ni sebelum masuk tahun 2020. Chewah.
1. Saifudin Jalis
2. Kasyaf Ain
3. Mitos
Novel pilihan semestinya dari Novelis favorite, Ramlee Awang Murshid. Dan yang paling tak sabar nak baca ialah Novel Saifudin Jalis tu. Sebabnya tu kesinambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri. Thanks suami sebab belanja belikan novel ni. Nanti aku dah habis baca aku buat review ye. Stay Tunned, bagi aku habiskan dulu.
Jumpa lagi next entri, bye!