Monday, December 2, 2019

Sarah Suhairi menyanyi di Korea I Trail to Busan-Blimey

December 02, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. 

Dari dulu lagi aku memang suka tengok channel youtubers dari Korea, Blimey. Blimey ni diterajui oleh 3 orang BFF iaitu Jade, Yerim dan Dasol. Rasanya beberapa tahun lepas lagi aku dah start minat dorang. Best tengok diorang buat reaction tentang lagu, makanan dan artis Malaysia. Beberapa kali jugalah diorang ni datang Malaysia, dan buat Fans Gathering untuk Blimers (Gelaran yang dorang bagi untuk Fans). 

Boleh klik gambar ni untuk direct ke Channel Youtube Blimey (:

Nak dipenddekkan cerita, Sarah Suhairi merupakan wakil Malaysia yang dijemput ke Busan International Film Festival dan Blimey ditugaskan untuk menjadi tour guide sepanjang Sarah di sana. So Blimey create video berepisod yang diberi nama Trail to Busan untuk berkongsi momen-momen bersama Sarah Suhairi untuk tontonan umum. 

Buat masa sekarang ada beberapa episod yang korang boleh tengok dalam Playlist Trail to Busan ni.

1. Malaysian star tries raw octopus for the first time in Korea
2. Malaysian star sings Dangdut in front of Korean Ajumma &Ajussis?!
3. Artis Malaysia di jemput ke Festival Filem terbesar di Asia
4. Malaysian star tries Spiciest tteokbokki in Korea for the first time 
5.Malaysian singer does busking in Korea?! - Preparation and The Stage



Antara video favorite aku ialah:

Video Sarah menyanyi lagu Mas Idayu. Comel sangat Sarah ni. Nyanyi dangdut pun comel je ha.



Yang ni pula video Sarah busking di Tepi Pantai. Dalam video ni dia persembahkan lagu Perfect by Ed sheeran, Eyes,Nose,Lips by Taeyang dan Rise and Fall yang diterjemahkan ke dalam bahasa Korea. Ada beberapa lagu lagi yang takde dalam video ni, mungkin akan diupload dalam episod seterusnya. Takpe, kita tunggu je nanti.

Trail to Busan ni Blimey akan upload ke ke dalam Youtube Channel pada setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang. So, kalau korang nak tengok, boleh lah buka Youtube masa tu atau selepas pada waktu tersebut.

So, jumpa lagi next entri (: 

Thursday, November 28, 2019

Dapat suprise Hello Kitty Carrier Limited Edition by Mc Donald

November 28, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam, 27 November 2019 McDonald Malaysia ada keluarkan Limited Edition Hello Kitty Carrier dekat semua outlet. Memang ramai orang yang berpusu-pusu pergi McD untuk dapatkan set HK tu. Penuh timeline Facebook, instagram dan twitter bila ramai yang update. Dalam hati aku teringin juga sebab Hello Kitty tu cute sangat. Kebetulan malam sebelum tu ada tag husband dekat post Hello Kitty Carrier tu dekat Facebook, dia baca and pergi tinjau pagi tu katanya panjang sangat barisan, so aku kata takpelah, tak payah beli. haha anggap jelah takde rezeki.

Tapi balik kerja malam tu tiba-tiba dia suruh kurung kucing peliharaan kami, kiki sebab ade bawa naik kucing lain, sebab kadang2 husband memang suka bawa kucing dekat bawah tu naik rumah kejap bagi makan minum sebelum lepaskan balik dekat bawah. kita ingat pun betul lah, so kurung kiki kejap.. 

Tapi memang betul lah dia bawa balik kucing, tapi kucing lain. haha

jeng jeng jeng..


Bukan satu, tapi dua!

Thanks so much awak. So akan letak satu dekat dalam kereta, satu lagi nak letak dalam bilik, boleh letak mekap kan? haha suka sangat sebab cute! korang ade beli juga tak? ehehe.

ok tu je nak share, jumpa lagi next entri!






Wednesday, November 27, 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

November 27, 2019
Assalamualaikum
 Salam Sejahtera buat semua :)


Hai semua, dah nak masuk tahun 2020 sebulan je lagi. Kalau time-time macam ni memang ramai orang yang akan cari planner, termasuk aku. So bila ada orang buat giveaway yang hadiahnya planner, memang aku suka sangat lah nak join. 

Untuk tuan Blog, Cik Sarah, Happy Birthday in advance, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Allah sayang awak (:

jom ramai-ramai masuk giveaway ni. klik je banner dekat atas tu (: 

Saturday, November 23, 2019

My New Reading ❤

November 23, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, selamat Hari Sabtu dan selamat Bercuti!

Dah lama rasanya aku tak membaca buku atau novel, setakat baca artikel dekat blog atau facebook je. Rindunya masa zaman rajin membaca dulu.. Dekat rumah aku ada banyak buku dan novel yang aku atau suami beli, tapi masih belum sempat buka dan baca pun. So, rasa nak mencabar diri sendiri untuk habiskan 3 buah novel ni sebelum masuk tahun 2020. Chewah.


1. Saifudin Jalis
2. Kasyaf Ain
3. Mitos


Novel pilihan semestinya dari Novelis favorite, Ramlee Awang Murshid. Dan yang paling tak sabar nak baca ialah Novel Saifudin Jalis tu. Sebabnya tu  kesinambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri. Thanks suami sebab belanja belikan novel ni. Nanti aku dah habis baca aku buat review ye. Stay Tunned, bagi aku habiskan dulu. 

Jumpa lagi next entri, bye!

Saturday, November 16, 2019

Dugaan berumahtangga

November 16, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera (: 


Hidup berumahtangga ni memang banyak dugaan dan ujian yang datang. Dulu aku ingat bila dah berkahwin ni, semuanya akan okey je, sebab kahwin pun atas dasar duka sama suka, mana mungkin nak bergaduh atau bertikam lidah kan? Tapi lumrah lah bila ada pasang surut dalam rumahtangga. Kadang baik, kadang bergaduh, kadang-kadang merajuk and the list goes on. Aku dan suami pun macam tu, semua orang yang berkahwin akan rasa pengalaman tu. 

Jenis aku akan cepat panas kalau ada yang tak kena. Jenis suami pula suka berdiam dan tunggu keadaan reda sebelum start berkomunikasi untuk selesaikan salah faham atau masalah antara kami. Sebab tu Allah ciptakan pasangan tu saling melengkapi antara satu sama lain. Sebab memang saling memerlukan antara satu sama lain, bila salah seorang tak ada, rasa sangat-sangat lain dan berbeza dan rasa tak best. Walaupun kadang bergaduh, tapi tetap rasa rindu setiap waktu.

Surat Ar-Ruum: 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah yang menciptakan istri-istrimu untukmu dari jenismu sendiri. Sesungguhnya kamu cendrung dan merasa tentram kepadanya. Dan dijadikannya  di antara kalian rasa kasih dan sayang. Karena sesungguhnya apa yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi para kaum yang berfikir.”


Bila datangnya ujian namun bila dah ada persefahaman semula tu akan terasa manis sangat kan, rasa macam kembali masa zaman bercinta semula macam dulu - dulu pulak. Pasangan lain lagi hebat dugaannya dari kami. Siapa lah aku untuk terus mengeluh kan?

Aku bersyukur dikurniakan suami dan keluarga mertua yang sangat baik. Walaupun aku banyak kekurangan, tapi layanan mereka baik sangat pada aku sampaikan aku yang selalu segan dan malu sebab masih belum dapat bagi mama dan abah cucu baru. Tapi tak pernah sekali pun keluarga mertua perli, marah atau hina aku, tentang zuriat atau apa-apa pun. Terima kasih (:

Usia perkahwinan aku dan suami bakal menginjak ke 5 tahun pada bulan Januari 2020. Mohon doa kalian semoga ikatan ini sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Semoga kami dikurniakan zuriat pelengkap keluarga kecil kami ini. Semoga kami sama-sama kuat menempuh segala ujian dan dugaan yang datang singgah dalam rumahtangga kami. Dan semoga doa kalian akan berbalik juga pada kalian nanti. InsyaAllah.. amin..




Post Pilihan

randomposts

Followers