Friday, December 6, 2019

Doa yang boleh diamalkan untuk rumahtangga bahagia

December 06, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. sekarang tengah panas kan tentang isu seorang ustaz selebriti. Isu jadi viral sebab uztaz selebriti tersebut menceraikan isteri yang sedang sarat hamil untuk bersama dengan isteri baru, seorang janda anak 8. Netizen marah sangat, lagi-lagi bila lafaz cerai hanya dibuat melalui rakaman voice note di applikasi Whatapps.

Entahlah, aku tak mahu sangat komen apa-apa pasal ni, cukup lah ambil kisah ni untuk dijadikan pedoman dan pengajaran. Aku seorang isteri, pastinya takde seorang pun isteri yang mahu diduga begitu. Allahu takutnya hati bila kisah-kisah penceraian disebabkan orang ketiga semakin lama semakin banyak dibualkan. Semoga semuanya baik-baik je. InsyaAllah lepas badai yang melanda, pasti ada pelangi yang indah di hadapan. Semoga aku dan suami tidak diduga begitu. Amin..

Kadang-kadang aku tertanya sendiri, kenapa perasaan cinta antara pasangan suami isteri tu boleh pudar, padahal awal perkahwinannya sangat bahagia? Macam mana hati manusia boleh berubah sekelip mata dan perasaan cinta dan sayang tu juga boleh padam begitu sahaja? Wallahualam.. Allah juga yang membolak balikkan hati manusia, pergantungan kita hanya pada Allah SWT. Jadi apa-apa pun masalah kita, hanya Allah lah tempat yang pantas untuk kita mengadu. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Jadi harini aku nak share, doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan untuk dapatkan keharmonian dalam rumahtangga masing-masing. InsyaAllah (:


Sekadar gambar hiasan (: 


DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”
(Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
(Surah At-Taubah: 129)
Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.”
(Surah Al-Hashr: 10)
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”
(Surah Al-Furqan: 74)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a”
(Surah Ibrahim: 40)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة
“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”
(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ
“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. 
(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”
(Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
................................................................................
Semoga doa-doa ini bermanfaat untuk semua. Semoga rumahtangga kita semua sentiasa bahagia dan di bawah lindungan Allah swt selalu. InsyaAllah, amin..
SUMBER : Siraplimau

Monday, December 2, 2019

Sarah Suhairi menyanyi di Korea I Trail to Busan-Blimey

December 02, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua. 

Dari dulu lagi aku memang suka tengok channel youtubers dari Korea, Blimey. Blimey ni diterajui oleh 3 orang BFF iaitu Jade, Yerim dan Dasol. Rasanya beberapa tahun lepas lagi aku dah start minat dorang. Best tengok diorang buat reaction tentang lagu, makanan dan artis Malaysia. Beberapa kali jugalah diorang ni datang Malaysia, dan buat Fans Gathering untuk Blimers (Gelaran yang dorang bagi untuk Fans). 

Boleh klik gambar ni untuk direct ke Channel Youtube Blimey (:

Nak dipenddekkan cerita, Sarah Suhairi merupakan wakil Malaysia yang dijemput ke Busan International Film Festival dan Blimey ditugaskan untuk menjadi tour guide sepanjang Sarah di sana. So Blimey create video berepisod yang diberi nama Trail to Busan untuk berkongsi momen-momen bersama Sarah Suhairi untuk tontonan umum. 

Buat masa sekarang ada beberapa episod yang korang boleh tengok dalam Playlist Trail to Busan ni.

1. Malaysian star tries raw octopus for the first time in Korea
2. Malaysian star sings Dangdut in front of Korean Ajumma &Ajussis?!
3. Artis Malaysia di jemput ke Festival Filem terbesar di Asia
4. Malaysian star tries Spiciest tteokbokki in Korea for the first time 
5.Malaysian singer does busking in Korea?! - Preparation and The Stage



Antara video favorite aku ialah:

Video Sarah menyanyi lagu Mas Idayu. Comel sangat Sarah ni. Nyanyi dangdut pun comel je ha.



Yang ni pula video Sarah busking di Tepi Pantai. Dalam video ni dia persembahkan lagu Perfect by Ed sheeran, Eyes,Nose,Lips by Taeyang dan Rise and Fall yang diterjemahkan ke dalam bahasa Korea. Ada beberapa lagu lagi yang takde dalam video ni, mungkin akan diupload dalam episod seterusnya. Takpe, kita tunggu je nanti.

Trail to Busan ni Blimey akan upload ke ke dalam Youtube Channel pada setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang. So, kalau korang nak tengok, boleh lah buka Youtube masa tu atau selepas pada waktu tersebut.

So, jumpa lagi next entri (: 

Thursday, November 28, 2019

Dapat suprise Hello Kitty Carrier Limited Edition by Mc Donald

November 28, 2019
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)

Semalam, 27 November 2019 McDonald Malaysia ada keluarkan Limited Edition Hello Kitty Carrier dekat semua outlet. Memang ramai orang yang berpusu-pusu pergi McD untuk dapatkan set HK tu. Penuh timeline Facebook, instagram dan twitter bila ramai yang update. Dalam hati aku teringin juga sebab Hello Kitty tu cute sangat. Kebetulan malam sebelum tu ada tag husband dekat post Hello Kitty Carrier tu dekat Facebook, dia baca and pergi tinjau pagi tu katanya panjang sangat barisan, so aku kata takpelah, tak payah beli. haha anggap jelah takde rezeki.

Tapi balik kerja malam tu tiba-tiba dia suruh kurung kucing peliharaan kami, kiki sebab ade bawa naik kucing lain, sebab kadang2 husband memang suka bawa kucing dekat bawah tu naik rumah kejap bagi makan minum sebelum lepaskan balik dekat bawah. kita ingat pun betul lah, so kurung kiki kejap.. 

Tapi memang betul lah dia bawa balik kucing, tapi kucing lain. haha

jeng jeng jeng..


Bukan satu, tapi dua!

Thanks so much awak. So akan letak satu dekat dalam kereta, satu lagi nak letak dalam bilik, boleh letak mekap kan? haha suka sangat sebab cute! korang ade beli juga tak? ehehe.

ok tu je nak share, jumpa lagi next entri!






Wednesday, November 27, 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

November 27, 2019
Assalamualaikum
 Salam Sejahtera buat semua :)


Hai semua, dah nak masuk tahun 2020 sebulan je lagi. Kalau time-time macam ni memang ramai orang yang akan cari planner, termasuk aku. So bila ada orang buat giveaway yang hadiahnya planner, memang aku suka sangat lah nak join. 

Untuk tuan Blog, Cik Sarah, Happy Birthday in advance, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu serta sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Allah sayang awak (:

jom ramai-ramai masuk giveaway ni. klik je banner dekat atas tu (: 

Saturday, November 23, 2019

My New Reading ❤

November 23, 2019
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, selamat Hari Sabtu dan selamat Bercuti!

Dah lama rasanya aku tak membaca buku atau novel, setakat baca artikel dekat blog atau facebook je. Rindunya masa zaman rajin membaca dulu.. Dekat rumah aku ada banyak buku dan novel yang aku atau suami beli, tapi masih belum sempat buka dan baca pun. So, rasa nak mencabar diri sendiri untuk habiskan 3 buah novel ni sebelum masuk tahun 2020. Chewah.


1. Saifudin Jalis
2. Kasyaf Ain
3. Mitos


Novel pilihan semestinya dari Novelis favorite, Ramlee Awang Murshid. Dan yang paling tak sabar nak baca ialah Novel Saifudin Jalis tu. Sebabnya tu  kesinambungan dari Trilogi Bagaikan Puteri. Thanks suami sebab belanja belikan novel ni. Nanti aku dah habis baca aku buat review ye. Stay Tunned, bagi aku habiskan dulu. 

Jumpa lagi next entri, bye!

Post Pilihan

randomposts

Followers