Korang tahu tak apa maksud Gastronomi?
Gastronomi merupakan satu perkataan yang membawa maksud aktiviti individu atau
secara kumpulan yang melawat ke sesuatu tempat dengan tujuan untuk merasa
keunikan makanan-makanan yang ada di sesuatu destinasi yang dipilih oleh
mereka. Haa. In Simple word, food hunter la. Payah benor nak explain.
Jadi, hari ni aku nak share dengan
korang bagaimana dan di mana nak jadi food hunter yang berjaya kat Malaysia ni.
Salah satu tempat yang memang mempunyai daya tarikan pelancong yang agak kuat
terhadap makanannya dan terkenal juga di seantero dunia, ialah Pulau Pinang
atau lebih mesra di panggil Penang.
Untuk ke Penang, aku naik flight je.
Dan dah jadi tabiat aku untuk mencuba flight yang nama pelik pelik. Masa survey
hotel, aku perasan Jetstar punya iklan dan aku cuba la cari Jetstar flights tickets ada ke tidak terbang ke Penang.
Malangnya takde lah pulak. Tapi kalau korang nak ke Thailand, Japan, Indonesia,
Singapore, dia ada sediakan. Macam best jugak actually Jetstar ni.
So aku beralih pada book cheap flights to Penang dan jumpa la flight tambang murah.
Okay la tu untuk pergi Penang je.So tiket dah dapat, hotel dah. Yang aku kena
standby perut yang kosong sebab banyak jugak tempat aku nak pergi ni.
Korang dah bayangkan makanan apa nak
try di Penang? Rojak? Nasi Kandar? Char Kuey Teow? Laksa? Mee udang? Uih.
Banyak ooo. So hari ni jadi tanggungjawab aku untuk senaraikan kat korang
tempat-tempat best untuk korang cuba sendiri nanti bila ada peluang korang ke
sana okay. Let’s begin the journey of food~~
1. Jeruk Madu Pak Ali
Tak sah kalau mai Penang tak shopping
Jeruk Madu Pak Ali ni. Jeruk ini adalah salah satu makanan wajib yang korang
kena beli untuk bawak balik sebagai ole-ole untuk keluarga dan kawan-kawan.
Pelbagai jenis jeruk yang korang boleh cuba. Jeruk kedondong, mangga, sengkuang,
salak dan banyak lagi. Favourite aku mesti lah jeruk mangga. Hehe Nak cari
jeruk ni tak susah pun sebab kalau dah sampai Penang memang banyak cawangan
yang jual jeruk ni di sekitar Penang. Kalau kat Georgetown, korang boleh terus
je singgah di Pasar Chowrosta.
2. Cucur Udang Chowrosta
image : google
Dah jalan-jalan, nak minum petang
pulak, meh singgah gerai cucur udang ni kat Lebuh Tamil. Aku gerenti cucur
udang ni menjaminkan kerangupan dan taufu yang super lembut. Diapitkan pulak
dengan kuah kacang yang lazat, lagi menghidupkan rasa hidangan cucur udang
tersebut. Gerai ni jugak ada menjual minuman special, iaitu sirap yang dicampur
dengan biji selasih dan kelapa. Rasa dia? Datang la cuba baru tau.
3. Ais Tingkap
image : google
Selalu nama pelik-pelik ni mendatangkan
keraguan jugak dengan tahap kesedapan dia tu. Tapi lepas tengok orang duk
beratur, aku pun terjerumus sekali. Nama minuman ni ialah Ais Sarbat. Keunikan
air yang dibuat oleh kedai ni dah popular sejak dulu lagi. Kalau ikut cerita
yang tersebar, kedai ni mula bertapak sejak dari 3 generasi peniaga ni lagi. Lama
juga tu. Campuran kelapa dan biji selasih didalam air sirap ni dah jadi
trademark turun temurun air minuman yang korang kena cuba. Bawah panas terik
tu, dapat air sejuk. Uihh. Legaa tekak.
4. Hameediyah Nasi Kandar
image : google
Terletaknya berhampiran dengan Masjid
Kapitan Keling. Fakta menarik untuk restoran nasi kandar yang satu ni ialah ia
merupakan restoran nasi kandar yang paling lama atau tertua di Pulau Pinang.
Kiranya dia paling senior la dengan yang lain lain tu.
Dari segi keenakan hidangan restoran
ni, tak perlu la nak disangkal lagi. Kalau tak macam mana boleh survive
lama-lama meniaga kan. Cumanya apa yang best ialah restoran dia boleh dikatakan
selesa la untuk korang datang sebab kebersihan menjadi keutamaan dorang dan
restoran dia ada aircond. Tapi kalau terkena time ramai orang tu, sesak la
jugak sikit.
5. Sani Char Kuey Teow
image : google
Antara kedai char kuey teow yang
terkenal dengan portion hidangan yang agak besar dan rasa yang enak. Aku makan
hari tu kenyang jugak. Ditambahkan pula kuah yang agak pekat, aku yakin korang
akan repeat lagi untuk makan kat kedai ni. Pilihan menu yang ada untuk hidangan
Char kuey teow ni lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi kalau nak pilih
salah satu pun tak ada masalah
6. Ais Kepal Armenian Street
Tempat
wajib singgah kalau ke Penang! Lepas puas berjalan-jalan ambil gambar dekat
Armenian Street, korang wajib try Ais Kepal ni. Nikmatnya rasa bila dapat hirup
ais yang bewarna-warni dan manis macam ni. Tengok lah tu kawan-kawan aku makan,
sedap sangat katanya.
So korang, macam mana? Ada yang dah
start bayangkan makanan apa yang korang nak try nanti tak? Meh la ke Penang. Aku
jamin korang takkan rasa rugi punya. Personally bagi aku, aku akan repeat lagi
untuk rasa lagi makanan lain yang ada kat sana. Kalau korang ada idea yang
lebih menarik, share lah dengan aku tau. Jumpa lagi nanti. Bye!
Perkenalan melalui kawan. Mula-mula start chatting dekat phone, Bila waktu kerja tak boleh main fon, kita chat melalui emel pulak. Bila jumpa awak buat pertama kali, rasa malu dan kaku tak boleh nak kata apa. haha!
Allah dah susun indah perjalanan kita..
Mei 2014 - Berkawan
Ogos 2014 - Betunang
Januari 2015 - Nikah
Alhamdulillah, 24.1.2020
sekarang dah 5 tahun. Syukur Alhamdulillah.
Hai semua. Ini event larian pertama aku dan hubby untuk tahun 2020! Tahun ni banyak register event di Putrajaya dan Cyberjaya je sebab dekat dengan rumah. Lagipun boleh kata tiap2 minggu dekat kawasan ni ada organizer yang buat event run.
Event kali ni cuma ade 1 kategori je iaitu 5KM, tapi ade 5 kali pelepasan. Jam 7.00, 7.15,7.30,7.45 dan 8.00 pagi. Aku dan hubby join yang pelepasan pertama tu, cepat sikit sampai. hehe
Jom tengok gambar
The Medalsss. Cantik kan?
Selfie dengan medal is a must!
With hubby (:
Dengan Mira (:
Anis Zulaikha. Comel budak ni. geram sangat nak cubit2 pipi dia bila jumpa :p
Dengan Group runners (:
Eh eh ada juga gambar kita dari official photog :p
Love you :p
Next event minggu depan! Tak sabar. haha walaupun pace kelaut, tapi sis tetap semangat nak lari. jumpa lagi next entry (: