Cara Pakai Pelembab Muka (Moisturizer Water Based) I Hansaegee Nature
Asyiqin
February 15, 2020
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua :)
Pelembab atau
Moisturizer merupakan salah satu step wajib dalam rutin penjagaan kulit harian.
Sejak dari zaman anak dara lagi, aku memang jarang skip pakai moisturizer.
Sehari tak pakai pasti terasa macam ada yang tak kena. Lagi-lagi bila nak pakai
mekap, tanpa pelembab kulit jadi tak best, mekap pun cepat cair dan tak tahan
lama. Rimas sungguh!
Aku pernah cuba
beberapa jenis pelembab, tapi ada satu je yang melekat di hati sampai sekarang.
Tak lain tak bukan mestilah Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream. Pelembab ni bukan sahaja membantu
kulit mendapatkan kelembapan maksimum yang diperlukan, tapi juga membantu untuk
mencerahkan kulit wajah. Kiranya ia bertindak 2 dalam 1, melembab dan juga
mencerahkan kulit. Bestnya!
Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream
Kalau kita lihat dari
pandangan mata, Tekstur dia warna putih dan macam gel, tapi bila rasa dengan
jari, tekstur sangat light dan dah boleh rasa dia punya watery moisture tu.
Aku paling suka bila
part sapu krim ni dekat kulit muka sebab tiba-tiba akan muncul titisan air atau
water drop. Hehe best!
Bahan-Bahan yang terkandung
dalam pelembab ni ialah :
Water,
Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora
leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium
officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis
root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camelia japonica seed oil,
Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia
florida fruit extract.
Kalau kita tengok dekat
ingredients paling atas sekali ialah water. So kita dah boleh tahu yang ianya
water based moisturizer.. Tekstur krim ni sangat light dan cepat menyerap ke
dalam kulit dan tanpa ada rasa berminyak langsung. So sangat sesuai untuk semua
jenis kulit, terutamanya yang jenis berminyak dan kombinasi.
Selain melembabkan,
ianya juga membantu untuk mencerahkan kulit wajah. Kandungan Niacinamide
sebagai agent pencerah membantu mengurangkan tona kulit yang tak sekata,
mencerahkan kulit, membantu melegakan kulit sensitive dan sebagai anti aging,
kurangkan kedutan pada wajah. Yelah, dalam usia 30 an ni dah kena jaga kulit
wajah, tak nak lah tua sebelum usia kan.
CARA PENGGUNAAN
1. Selepas mencuci
wajah, sapukan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pada wajah dan leher.
Water drop akan muncul dalam beberapa saat.
2. Tepuk tepuk dan urut
kulit wajah sehingga krim menyerap dengan sempurna.Boleh digunakan pada waktu
siang dan malam. Untuk malam digalak kan untuk buat double layer untuk hasil
yang memuaskan.
Pada pandangan peribadi
aku sendiri, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dapat memberikan kelembapan
yang diperlukan oleh kulit aku sepanjang hari, sebab kulit rasa lembab, tak
kering dan tak berminyak. Lepas pakai muka jadi lebih glowing dan berseri.Kalau
tengah sunburn dan apply krim ni, memang best sangat sebab rasa fresh dan sejuk
je sepanjang hari tu. Yang paling bestnya mekap lebih tahan lama di wajah dan
tak bercapuk. Sangat recommended untuk korang try juga.
Video:
Untuk keterangan lanjut
dan pertanyaan, boleh refer maklumat di bawah :
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia