Salam Aidilfitri 2020 / 1441H
Asyiqin
June 02, 2020
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua
Selamat Hari Raya semua!
Tahun ni kita beraya dengan norma baharu disebabkan oleh Pandemik Covid19. Pertama kali rasanya tiada sambutan hari raya yang meriah. Raya yang tak sama macam dulu. Raya kali ini terlalu berbeza. Hanya hari pertama sahaja dibenarkan untuk menziarahi sanak saudara.Itupun dikalangan ahli keluarga dalam negeri yang sama dan tidak boleh melebihi 20 orang. Tapi kita harus akur, semua ini untuk menghapuskan rantaian Covid19 juga.
Aku dan keluarga agak beruntung sebab dapat berkumpul sama-sama di Hari Raya ini disebabkan tinggal berdekatan antara satu sama lain. Syukur Alhamdulillah dapat berkumpul untuk takbir raya, solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman di pagi raya. Ada juga hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni kan?
Smpat juga aku rakam video untuk kenangan di masa hadapan. Meh la tengok :p
Jumpa lagi di entri seterusnya. bye!