TTC Journey : Pengalaman IUI Pertama
Pemanian Beradas (IUI)
IUI merupakan satu proses inseminasi sperma yang telah diproses dengan mengunakan prosedur makmal untuk mengasingkan sperma yang aktif dari cecair dan sperma yang kurang aktif.Sperma yang aktif akan di insiminasi ke dalam rahim wanita dengan menggunakan ‘catheter’ pada hari ovulasi yang telah dijangka akan berlaku- http://www.myhealth.gov.my/
Sebelum buat iui ni, aku banyakkan dulu pembacaan dari internet dan youtube berkenaan prosedur iui ni, jadi bila doktor explain apa-apa, aku dah boleh faham serba sikit. Ok meh aku cerita.
CD2-CD6
Doktor bekalkan aku dengan clomid 100mg. Clomid ni bertujuan untuk meransang ovari untuk menghasilkan telur. Ubat ni perlu dimakan 5 hari berturut-turut dari hari kedua hingga hari keenam period. Aku makan pada jam 9 malam setiap hari. Oh ya, selain clomid, Dr prescribe juga Metformin untuk dimakan selama 2 bulan. Metformin ni bertujuan untuk mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan kita. Untuk makluman, BMI aku sekarang ni lebih dari 30. Jadi BMI berlebihan ni sebenarnya tak berapa cantik untuk buat rawatan kesuburan, kebanyakan doktor akan advise untuk cuba dapatkan BMI normal.
CD5
Harini ialah hari ke 5 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.
CD9
Harini ialah hari ke 9 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey ikut fasa period. Then doktor inject foliova untuk bantu matangkan telur-telur tersebut.
CD12
Harini ialah hari ke 12 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor minta datang semula pada CD ke 15 untuk injection Hucog (Pecahkan telur)
CD15
Harini ialah hari ke 15 period. Doktor buat TVS Scan untuk tengok bilangan dan saiz telur. Saiz telur okey dan doktor beri injection HUCOG 10000iu yang bertujuan untuk memecahkan telur keluar dari ovari untuk proses ovulasi terjadi. Beberapa jam selepas injection, aku rasa sedikit pening lalat, mungkin side effect injection tu kot. Tapi masih terkawal.
CD16
Jam 1.30 petang aku dan husband ke klinik untuk mengeluarkan sperm dan melakukan prosuder IUI. Selepas solat zohor, sperm dikeluarkan dan kami dipinta untuk datang semula pada jam 3.30 petang untuk proceed IUI. Fuh berdebar tau. ingatkan sakit rupanya takde rasa apa-apa pun. Proses IUI ni pun sekejap sangat dalam lebih kurang 5 minit. Lepas prosedur selesai, doktor suruh baring dulu dalam sejam baru bangun dan balik rumah. Doktor bekalkan aku dengan ubat Utrogestan iaitu ubat kuatkan rahim dan perlu dimakan 2 biji setiap hari selama 2 minggu. Otw balik rumah husband bawa kereta slow-slow je, sebab start harini sampai dapat result nanti kena jaga diri dan tak boleh nak lasak-lasak sangat. Doktor bagi MC 4 Hari dan aku sambung ambil cuti rehat selama 4 hari lagi.
DPIUI 1-DPIUI 9
DPIUI tu ialah Day past IUI, iaitu hari selepas IUI dijalankan, kebiasannya Doktor minta kita cek UPT pada DPIUI ke 14. Dilarang cek terlalu awal sebab takut dapat false positif sebab kesan Injection masih ada lagi dalam badan. Injection pecah telur tu mengandungi hormon orang mengadung tau sebab nak bagi false alarm kat badan untuk berhenti pengeluaran telur. Tapi aku cek UPT dari hari pertama lagi dan setiap hari sebab aku nak tengok bila kesan ubat tu akan habis. Syok bila dapat UPT positif walaupun tak mengandung. hehe. UPT terang makin lama makin kabur sehingga tak dapat kesan langsung pada DPIUI 9. Jadi kesan Injection HUCOG 10k pada badan aku bertahan selama 10 hari (Sejak hari pertama injection iaitu CD15)
Dalam tempoh masa ni, simptom-simptom yang aku alami (mungkin kesan ubat kot) ialah sakit belakang, krem macam senggugut berulang-ulang kali dan pening-pening. Tapi rasa dia just mild je, tak terlalu ekstrim.
DPIUI 14
Cek UPT dan Negatif. Hurm mungkin takde rezeki, aku redha.
DPIUI 18
Akhirnya period pun datang dengan jayanya... Mungkin belum rezeki kan, InsyaAllah Allah lebih tahu yang terbaik. Period kalini agak sakit jugak senggugut dia, dan badan panas. sekali lagi mungkin effect ubat. Takpe, belum rezeki lagi. Aku tahu aku dah buat yang terbaik jadi aku takde perasaan ralat tu. InsyaAllah usaha kami suami isteri tak akan pernah putus untuk mendapatkan zuriat sendiri. Mohon doa kepada rakan-rakan sahabat sekalian juga ya.