Sunday, April 6, 2014

Aduh hati !

April 06, 2014

Selamat malam


Buat hati hati yang tak berapa sihat lagi..
...mungkin hati aku...
...atau hati kamu...
...barangkali hati dia...

atau hati milik sesiapa saje..

sudahlah
Jangan mengeluh lagi
Memang ambil masa...
tak tahu berapa lama kan

sabar,
pandang ke depan
senyum ...

Semoga cepat sembuh (:

Tuesday, April 1, 2014

April (:

April 01, 2014
Assalamualaikum.
Cepatnye mase berlalu. Dah April!!

Baru lepas bercuti tiga hari. Dua hari menghabiskan masa dekat rumah sahabat baik di Klang, diminta jadi pengapit tak rasmi majlis bahagia beliau. Selamat berbahagia Intan dan Herman, nak tempek gambar pengantin xde lagi. gambar belum siap, kena tunggu abang cameraman siapkan edit dulu. 

Letih! 
walaupun sebenarnya cuma duk temankan dan layankan si pengantin ni, tapi ntah kenapa badan rasa letih sangat mengalahkan orang yg duk rewang kat luar rumah. Haha! dengan pergi temankan pengantin berinai last minit sebab inai instant yg salah beli, dengan nak cari kasut malam berinai lagi.. itu lagi ini lagi.. Kesian si pengantin kene dengar bebelan kawan dia nih. Geram jugak sebab kene buat kerja last minit gini. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar (:

Majlis ni ade malam berinai dengan Hari bersanding. Nantilah, nak cerita satu satu bila gambar dah siap nanti. syok sikit cerita bila ade gambar kan?


Nah.
tetiba dengar lagu ni..

senyap

Eh, Frozen ni tuju lagu ni untuk aku ke? haha (:


It's funny how some distance,
makes everything seem small.
And the fears that once controlled me, can't get to me at all
It's time to see what I can do,
to test the limits and break through.
No right, no wrong, no rules for me.
I'm free!


Let it go, let it go.
I am one with the wind and sky.
Let it go, let it go.
You'll never see me cry.
Here I'll stand, and here I'll stay.
Let the storm rage on.


My power flurries through the air into the ground.
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I'm never going back; the past is in the past

Sunday, March 16, 2014

Congrats on your wedding (:

March 16, 2014
Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)


Tahniah buat pasangan Wani dan Faliq! 

Thanx Kak Wani wasap pic ni kat syu (: 


Kenal Kak Wani masa mula mula masuk kerja kat company ni, dari bulan 6 2013. Satu group masa training and selalu share rahsia suka duka bersama. She is one of the person yang kau boleh percaya and  boleh pinjam bahu  luah segala ape yg terbuku. Yes kenal mmng tak lama, tapi kalau kau fikir masa dan waktu yang lama tu perlu untuk kenal hati budi and konon dari hati ke hati, kau silap. Bak kate Ustazah Fatimah Syarha, kenal lama tapi yang kau dapat cuma lakonan semata. Kenal sekejap tapi bila hati dah rasa selesa, bila kau perlu nasihat dan kata kata semangat untuk kau pulih dari luka yang datang hentam tiba-tiba, dia pilihan terbaik.

Ingat lagi haritu, beberapa minggu sebelum dia jadi isteri orang, sempat kami keluar makan gossip sama sama dari petang smpai malam. Round satu jalan Tar nak cari tudung nikah yg super cantik, selesa,labuh dan murah tu. Akhirnya dapat kan. Sempat jugak bicara dari hati ke hati wanita ni. and sempat juga bahu yang kecik tu dipinjam jadi tempat sandarkan hati ni sekejap :)

Tq for everyting kak wani, be a good wife to your husband. To Faliq, jage kakak kita baik2 tau (: 


Thursday, March 13, 2014

Confirmation (:

March 13, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat tengahari, salam sejahtera.

Apa khabar hati?
InsyaaAllah masih sihat dan baik :)



Good news!

Alhamdulillah..Setelah 9 bulan bekerja as a contract staff dekat company tu, akhirnya tadi dah dapat offer untuk become permanent staff! Kalau diikutkan kontrak akan tamat bulan 7 tahun ni, tapi alhamdulillah dipermudahkan. Lepas ni perlu lebih berusaha tingkatkan prestasi kerja dan performance biar dapat bonus masyuk. hehe 

Selalu juge ingatkan diri, biar ikhlas buat kerja,jangan sakitkan hati customer, sebab kerja kau akan berinteraksi dengann customer setiap masa. Kerja kau bantu customer, tapi kadang kadang tersasar. kadang-kadang jadi marah dan meluat. Ini lah cabaran kerja kan. Setiap kerja ade cabaran dia. Kau boleh Syuhada, you are born to be strong! Kalau tak dah lama kau resign kan syu. Ikhlaskan hati Syuhada, sekarang mungkin kadang kadang tersasar, tapi lama2 kau akan biasa. Sabar kunci utama (: 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Ikhlas

***
Sekarang musim jerebu, x boleh keluar rumah sgt. Sekarang aku cuti, balik Nilai. Nilai jerebu teruk. Keluar rumah pun dah nampak asab jerebu tu. bahaya la. Sila jaga kesihatan dan jaga diri ya (:



##Semoga selamat kembali MH370






Saturday, March 8, 2014

Ohsem

March 08, 2014
Assaamualaikum..

Harini dah lapan March dua ribu empat belas  :) 

Apa khabar hati harini?
'Sudah semakin baik...InsyaAllah.. '

bagus ......... (: 

Dan tak lupa juga untuk pembaca senyap, 
mulai sekarang kau akan tersenyum sebab aku akan menulis untuk setiap minggu.


Cepat sangat masa berlalu kan? Pejam celik je dah March. Dah dekat 9 bulan kerja kat tempat penuh memori ni. Nasib baik aku cukup kuat untuk menepis segala kenangan yg singgah. Dah lepas, sudahlah kan (:

Hari sabtu adelah hari cuti dan hari esok ialah hari ahad dan aku harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdidikasi untuk mengharumkan nama company. kononnya la sangat kan. Nak melayan karenah manusia pelbagai bukannya senang. Ada yang cerewet sampai boleh menimbulkan kemenyampahan dan ade juga yang baik sangat smpaikan tak sanggup nak menghampakan.

Bila duduk dan melepak dekat rumah, selain tinjau dan mengusha makanan kat dapur, haruslah kita layan Running man! and FYI, dah terlepas dari episod 175! sekarang RM dah episod 187! Episod yang terlepas harus diqada' okey. Ape yg best sangat tengok RM? tahla.. aku rasa cerita tu boleh buat aku senyum dan ketawa berdekah2 tanpa pedulikan orang lain di sekeliling, dan ..... aku happy :)

Tapi.... 


sehebat dan selawak manepun RM yang buat kau gembira dan ketawa, jangan lupa ubat hati hanya pada Allah swt, meminta hanya pada dia.. mahu happy dan bahagia? minta sungguh2 pada DIA. Insyaallah segalanya tiada yang mustahil bagi DIA. 


Nah, tengok kalau anda ohsem (:



Post Pilihan

randomposts

Followers