Sunday, August 30, 2015

Merdeka

August 30, 2015
Assalamualaikum
selamat malam

salam merdeka... 

Dah lama sangat tak menaip. Naik gatal dah tangan ni nak menekan nekan button keyboard. Semenjak last post, banyak sangat yang dah berubah dengan hidup aku. Takdelah banyak mana pun.. haha. tapi kesannya mendalam jugak la.

Firstly, sekarang aku dah bertukar ke ibu pejabat, means bukan lagi kerja di KL, tapi dinaikkan taraf ke Putrajaya. haha. Pertukaran ni terjadi disebabkan oleh rombakan kakitangan yang bergred tinggi, so aku pun secara tak langsung terkena tempias nye. Mula-mula macam berat hati je rasa bila pengarah umumkan yg aku akan bertukar dalam meeting tempoh hari, sebabnye aku baru nak menyesuaikan diri, yelah baru 9 bulan kot berkhidmat kat KL. Baru nak mengenal orang, staff dan macam-macam lagi. Tapi lastly aku bersyukur, sebab orang ramai yang berlumba-lumba mohon ke ibu pejabat tapi tak dapat. Kat ibu pejabat nanti aku akan deals dengan orang orang besar. dan banyak yang akan aku belajar nanti, insya Allah. doakan yang terbaik buat aku ye,

Bila kerja dah bertukar, so rumah pun bertukar jugak. Dah dapat sewa rumah pun dekat dekat area putrajaya tu jugak. kat mana? rahsia lahh.. ^^  Maybe akan merempit pergi kerja nanti., sementara nak beli kereta ni. ni pun doakan aku jugak sebab aku nak mahirkan diri drive. Aku yakin aku boleh. No hal la kan syuhada. ^^

ape lagi nak cerita? itu je lah kot.. till then, bye

Wednesday, August 19, 2015

Friday, July 31, 2015

Belajar Sabar

July 31, 2015
Assalamualaikum
Salam Jumaat, selamat petang.

Seminggu dua ni ade je yg x kene dengan aku. Aku cepat sangat nak marah.

kau rasa?

Camne tak rasa nak jadi hulk bila orang masuk bilik opis then guna barang aku tanpa izin? 

Camne tak rase marah bile pembekal konon nak hantr quotation jam 12 tapi sampai sekarang tak muncul-muncul? sampai aku nak je call then marah pembekal tu and cari pembekal lain yang tak menyusahkan hidup aku.

Camne tak rase nak lempang je muka orang bila orang tu sibuk nak push push aku buat bende yang bukan kerja aku? well.. memang taklah aku nak buat kerja kau. buat bodoh boleh lah. Aku banyak lagi kerja nak buat tahu?

tapi nasib baik aku tak buat semua tu.

hingga sekarang memang aku boleh sabar. 

tapi bila kesabaran aku hilang... jangan nak menyesal lah.

k bye



Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya

July 24, 2015
Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Selamat hari raya !
Harini raya yang ke-8 dah kita. Tahun ni punya raya berbeza dari tahun lepas, sebab tahun ni raya dah ada suami. Dah ade keluarga baru. Alhamdulillah

Tahun ni beraya di Nilai, N.Sembilan. Kampung halaman tercinta. Pagi raya pergi surau untuk sembahyang raya, pergi ziarah kubur, pergi rumah saudara mara di Nilai dan Banting. Lepas habis beraya di Banting terus gerak pulalang ke Jengka, tapi kami balik rumah di KL dulu, rehat-rehat jap buat kopi terus gerak ke Jengka. Alhamdulillah.. jalan tak jammed,

Raya di Jengka?
Boleh lah, walaupun hati meronta-ronta teringat lampung halaman. Raya ke 2 tu kami duduk rumah je. Raya ke3 baru pergi berjalan, tu pun xde jalan mana sangat sebab mama dah start bukak kedai raya ke 2 lagi. so pergi la kekedai tolong ape yang patut kan.

Kehidupan sekarang dah ade 2 family, which is aku masih belum boleh terima perubahan ni hundred percent. Kadang kadang aku akan persoalkan sendiri. kenapa family 1 lagi macamni macamtu, tak sama dengan famili sendiri. Kadang-kadang aku rasa macam nak memberontak dan akan fikir bukan-bukan, then mula stress smpai menagis sorang-sorg. Tapi family mertua layan aku baik je. okay sesangat. Aku pun tak tau kenapa kadang ade timbul perasaan negatif ni. Entahlah. mungkin Cuma mainan perasaan dan emosi aku je lelebih. Entahlah. tak tahu !

tapi raya ni yang paling best nye sebab dapat jumpe 2 orang kesayangan buah hati ulam jantung aku. Alif Zikri dan Afifah Hanani. sayang betul aku kat dorg berdua. Dah aku buat macam anak sendiri pulak. Nak sangat ade anak permata hati comel macam budak berdua tu. Doakan aku ye. ^^

sampai sini dulu, till then 




Monday, July 13, 2015

Trying to Conceive (TTC)

July 13, 2015
Assalamualaikum
Salam Ramdhan..

Harini genap lah usia perkahwinan kami yang ke 5 bulan 3 minggu (:
Alhamdulillah, bahagia di samping suami.

Dalam masa 5 bulan lebih ni, ramai dah tanya bila nak mengandung? bila nak ada isi? dan sebagainya.Jawapan aku mudah, Rezeki ada, cuma tak tahu bila. InsyaAllah, tolong doakan aku, next month ke atau next next month ke, semoga ade berita baik buat aku dan husband.  Aminn. Dulu aku rasa annoying je kalau orang duk tanya-tanya ni, tapi sekarang aku malas dah nak fikir. Hati sendiri kena jaga jugak kan. Rezeki semua orang kita bukan tahu. cepat ke lambat ke.



Usaha?
Mesti lah aku ada usaha jugak untuk dapat zuriat sendiri. Biarpun orang selalu sedapkan hati aku suruh honeymoon dulu sebab baru lagi kawen tapi aku tetap la kene ade usaha kan? Firstly, aku banyak kan google tips2 dan petua2 untuk TTC ni. Aku jugak join group di facebook untuk golongan yang ingin hamil. Dekat sini join lagi group whatapps. Banyak kenalan berkongsi pendapat dan cerita yang aku kenal. Baru aku tahu, ramai lagi yang dah kahwin berbelas berpuluh tahun belum dapat rasa nikmat mengandung tu. Kalau dorang boleh sabar dan tak pernah berputus asa, aku yang tak sampai setengah tahun kahwin ni nak cakap apa lagi? ye, yang penting aku usaha.Aku jugak mula jaga pemakanan aku, aku dah tak ambil caffein lagi, sebab dulu aku gila dgn nescaffe. Aku tak makan maggi lagi, di mana maggie tu adelah makann kegemaran aku sejak dulu. Aku jugak guna OPK untuk cari waktu waktu subur aku. namun masih belum rezeki lagi, aku redha. Aku tau suami aku sentiasa ada dengan aku untuk kuatkan aku.^^

Malam tadi ade try buat susu kambing dengan kurma, which is orang kata antara petua mustajab jugak. Tapi pakai susu kambing segera aje, blend dgn kurma.Eh sedap jugak. rasa macam air susu coklat. tapi syarat dia kene minum dengan husband. Takpelah. nanti nak try cari susu kambing segar then blend dgn kurma ajak suami minum sekali. Tengoklah lepas raya nanti ke kan. Doakan aku ye

Till then, jumpa lagi next entry ^^

Post Pilihan

randomposts

Followers