Sunday, December 31, 2017

Selamat tinggal 2017.

December 31, 2017
Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Apa khabar hati di penghujung tahun 2017 ni?
Semoga semuanya baik-baik sahaja

Macam tak percaya kan harini penghujung bagi tahun 2017? Terasa terlalu cepat masa berlalu. Usia pun terus meningkat. Semoga masa-masa yang berlalu menjadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.



APA ISTIMEWANYA 2017 BAGI AKU?

Hmm. takde sangat kot. 2017 kurang memberi impak dalam hidup aku. Masih juga sama seperti tahun-tahun yang lepas. Banyak perkara yang masih perlu diselesaikan. Tapi insyaAllah semuanya akan baik-baik je. Amin..

Tahun ni aku sibuk dengan kerja. kerja dan kerja sampai nak update blog pun terkejar-kejar. Tapi sebenarnya aku je yang tak pandai bahagikan masa. Tapi InsyaAllah tahun depan semuanya akan berubah. aku akan plan semua masa aku. ha.. harapnya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam ye Asyiqin!

USAHA TTC 

Kalau sesiapa yang ade baca dekat tab page TTC journey kat atas tu tahu yang aku stop dulu segala treatment sejak bulan Mac 2017. Bukan aku giveup untuk teruskan treatment untuk hamil, tapi aku penat sikit dengan kerja yang sangat busy dan jadual yang tak menentu. Jadi aku dan husband decide untuk stop dulu dan just enjoy dulu untuk tahun ni. Tahun depan kami akan sambung treatment semula.Tentang treatment TTC pun aku tak pernah lagi share di blog. InsyaAllah tahun depan aku akan share ye? 

Bulan 1 tahun depan genaplah usia perkahwinan kami yang ke 3 tahun... dan masih belum dikurniakan zuriat lagi. InsyaAllah tahun ni mungkin rezeki aku. Aminnn.. Usia pun dah nak masuk 29 dah pada tahun depan. dah tua kan? Nanti anak baru nak masuk Universiti aku dah tua kerepot. hihihi.

Tahun ni aku banyak dapat anak buah tau. Alhamdulillah, rezeki mereka sangat-sangat murah, ade yang sebulan dua terus lekat, ada yang bunting pelamin. Aku? dengar sambil senyum je. Tapi hati aku tercuit jugak. jeles, sedih, kecewa semua bergabung menjadi satu. Tapi perasaan ni aku dah boleh abaikan sikit, tak seteruk tahun pertama perkahwinan dulu. Memang berendam air mata bila orang terdekat mengandung. Sekarang aku dah boleh kawal perasaan ni, Alhamdulillah.

Doakan rezeki aku ya kawan-kawan..

BLOGGING

Aku sebenarnya suka menulis. sebab tu lah wujudnya blog ni, cuma sejak kahwin, makin dah tak aktif berblogging sebab sibuk uruskan rumahtangga kot. chewahh! Takdelah, sebenarnya sebab sedikit busy dengan kerja. Tu je sebabnya.

Tapi sejak September 2017, aku dah kembali aktif menulis di sini. Sayang kan blog yang dah dibuat sejak 2010 ni terkubur macam tu je? Lagipun berblogging ni boleh hilang stress jugak kan?

Untuk aktifkan blog ni, aku rajin join GA dan Contest dan aku pun ade anjurkan GA jugak. Follower kat blog yang makin bertambah pun buatkan aku terus bersemangat nak share everthing dekat sini.  Selain tu aku try apply Google Adsense dan alhamdulillah berjaya dengan sekali apply je (:

Dalam tahun 2017 ni juga aku ditawarkan berkolobarasi dengan Traveloka, di mana aku kena tulis satu entri yang berkaitan dan dapat cash!

Harapnya di tahun 2018 nanti akan lebih banyak peluang untuk berkoloborasi dengan mana-mana pihak. Doakan ye (:

KERJA? MAKAN ANGIN? TRAVEL?

Tapi dalam sedar tak sedar tu, banyak juga tempat-tempat atau hotel yang aku pergi atas urusan kerja dan juga bersiar-siar sepanjang tahun ni. Cuma memang tak sempat buat review je. kalau  tak mesti banyak entri aku kan? hehe. Antara tempat yang aku pergi ialah :

1) Palm Hotel, Seremban
2) Extreme Park Hotel, Kluang
3) Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi
4) Homestay di Machang Kelantan
5) Kalumpang Resort dan Training Centre, Hulu Selangor
6) Glory Beach Resort, Port Dickson
7) The Lexis Hotel, Port Dickson
8) Yomi Hotel, Kota Kinabalu
9) Ayana Holiday Resort, Kundasang
10) Dynasty Hotel, Kuala Lumpur
11) Prescott Hotel, Kuala Lumpur
12) Gold Coast Hotel, Morib

banyak jugak kan? tapi satu entri pun takde berkenaan hotel dan penginapan yang aku duduk ni.  Rasa rugi pulak tak dapat share dalam blog ni. Tahun depan 2018 , InsyaAllah aku akan rajin tulis entri atau review tentang kemana saja aku pergi (:

Tak banyak nak yang dicoretkan untuk rumuskan tahun 2017 ni. Tapi aku bersyukur, segala kesulitan dan kesusahan yang datang, aku ada insan-insan positif yang sentiasa support dari belakang. Terima kasih suami, ibu, ayah, adik beradik, family mertua dan rakan-rakan. Tanpa sokongan dari kalian aku mungkin boleh jadi manusia tanpa akal. 

Esok kalau ada masa aku akan coretkan azam untuk tahun 2018 pulak.

so jumpa lagi next entri, 
Wassalam.

Saturday, December 30, 2017

Jalan-jalan ke Farm In The City bersama keluarga tercinta (:

December 30, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, penghujung cuti sekolah tahun ni dapat juga bawa family tersayang berjalan-jalan di Farm In The City, Sebenarnya memang plan lama dah nak bawa jalan ke sini memandangkan rumah sewa yang aku tinggal sekarang sangat dekat, dalam 5 minit je boleh sampai kat sini. Kalau siapa nak dtg sini, landmark dia betul-betul belakang Giant Seri Kembangan dan bersebelahan dengan Downtown Seri Kembangan. senang je cari tempat ni. Cumanya tempat parking agak terhad, tapi parking dekat luar pun boleh, banyak je parking kosong dekat bangunan sebelah, The Atmosphere tu (:

So nak dijadikan cerita, pagi rabu haritu bertolak dari rumah family di Nilai. Perjalanan untuk sampai ke FITC ni dari Nilai cuma mengambil masa 40 minit je sebab dekat sangat. plus, jalan pun tak jem masa ni, sebab waktu orang bekerja. Budak-budak pun dah bangun awal sebab tak sabar nak pergi berjalan. hehe.. Sampai-sampai je cari parking di dalam tapi dah penuh, so kita parking jelah kat luar tu.dekat je pun.

Kat bawah ni gambar pintu gerbang nak ke kaunter pembayaran tiket dan harga tiket untuk masuk. Pic ambil dari google je, so tak letak watermark.


Related image
Kanak-kanak bawah 90 cm free je masuk (: 

Aku pergi kat sini bersama-sama suami, ibu, adik bongsu, Afifah dan Alif (Anak buah) , Kak Nik dan Ikah (Anak angkat ibu). Cumanya dalam ni gambar aku seorang je takde sebab takde yang melepasi piawai. hihi. 

Banyak betul haiwan dalam ni tau. budak-budak pun seronok sangat dan teruja. Boleh  pegang, boleh bagi makan, minta je makanan dekat petugas. Kalau makanan dekat petugas dah habis, korang boleh beli makanan dekat mesin token. Untuk hygiene jangan risau, sebab tempat cuci tangan dan sabun ade disediakan. 

So jom kita layan gambar-gambar sepanjang berada dalam ni:




Part paling lama singgah ialah dekat kawasan arnab dengan longkang ikan, sebab budak-budak sibuk nak tangkap ikan. Selagi tak dapat selagi tu tak puas hati dan taknak berganjak pergi mana-mana pun. hahaha. biasalah budak-budak kan, bila dah dapat tangkap, senyum sampai ke telinga!




So far, kalau diberi peluang untuk pergi, memang akan repeat lagi sebab memang sangat puas hati. Budak-budak ni pun asik duk bercerita je walaupun dah balik dan dah sampai rumah. 

Jadi, kalau nak bawa anak-anak berjalan, boleh lah datang ke sini. Sangat best! (:

Friday, December 29, 2017

UKJK PTD Gred M41 Bagi Tahun 2018

December 29, 2017
Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Pihak SPA baru keluarkan tarikh dan tempat untuk UKJK bagi jawatan PTD M41 hari ini. Jadi sesiapa yang berkaitan boleh semak di SINI 

UKJK akan berjalan selama seminggu (20-26 Januari) dan ada 2 sesi (Pagi dan Petang). Setiap peserta akan hadir menjalani ujian selama sentengah hari sahaja mengikut sesi masing-masing.

Tempat untuk menjalankan UKJK ialah :


1) Institut Tadbir Awan Negara (INTAN) Bukit Kiara
2) Institut Kemajuan Desa (Infra), Bangi
3) Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
4) Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok
5) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan
6) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur
7) Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam
8) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sabah
9) Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Sarawak

Sesi aku bila?
jom tengok screenshot kat bawah ni :


23 Januari 2018 ( Selasa) Sesi Pagi di INFRA.
(Tahun lepas kena dekat IKWAS, Jauh.huhu)

BMI yang wajib lulus ialah sekitar 19-29. BMI aku seakarng ni 32 dan dah dikira tahap obese kot? tapi masih ade masa 3 minggu untuk mula diet dan exercise. InsyaAllah aku mesti boleh punya. siapa lagi kan kalau bukan diri sendiri yang kene bersemangat. hihi.. Pantang berundur sebelum berjuang!

Hanya calon yang berjaya melepasi saringan kesihatan dan UKJK sahaja akan ke peringkat seterusnya (PAC). Harap-harap aku tergolong dalam kumpulan yang berjaya ni. Kalau ade rezeki tak ke mana kan? Doakan ye..

Tahun ni style dia lain sikit dari tahun  lepas. Tahun ni UKJK dan PAC diasingkan, sementara tahun lepas memang jalan serentak. Mungkin ada prosedur baru tahun ni kan? 

Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah (: 

Sunday, December 24, 2017


Post Pilihan

randomposts

Followers