Korang yang penjawat awam macam aku mesti setiap bulan tertunggu-tunggu kan bila gaji akan masuk. haaa, lepasni tak payah tanya kawan sebelah dah. tengok kat sini je.
Hai semua, untuk makluman, tak lama lagi aku akan dapat kunci rumah. Actually dah lama dah aku sign perjanjian, dalam April 2019. Masa tu memang rumah tengah dalam pembinaan, dan akhirnya tahun 2023 siap juga. Alhamdulillah.
Aku beli rumah di bawah skim perumahan penjawat awam (PPA1M) dan menggunakan Loan kerajaan, LPPSA. Type rumah aku ni kondo. Lokasi pun aku rasa strategik sebab dekat dengan KL dan Putrajaya. so, takdelah jauh nak pergi kerja. Now tengah tunggu ID dan Password dari developer untuk set appointment ambil kunci dekat apps.
Cuma bila nak masuk rumah ni, macam-macam Fee dengan deposit nak kena bayar dulu tau. Bayaran yang aku kena bayar ialah :
So now, total yang aku dah bayar sebelum dapat kunci ialah RM 1,504.19
Next nak kena fikir kos untuk defect inspection, kipas, lampu, grill, kabinet dan macam-macam lagi. Banyaknya.. duit mengalir macam air hujan kan bila masuk rumah baru ni. Ada yang nak sponsor tak?
hehe.. ok la, nanti aku sambung lagi next entri. jumpa lagi, bye!
Tadi buka emel, Alhamdulillah pihak Maybank dah ada update tentang isu kad kredit aku tu. Korang boleh baca kat bawah ni :
Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun kes ni dah selesai, duit tu pun dah dikreditkan semula dekat akaun kad kredit aku. Syukur sangat.Terima kasih Maybank sebab tindakan yang pantas, kata ambil masa 3 bulan untuk siasat, tapi yang ni tak sampai sebulan pun. Alhamdulillah..
So korang yang baca ni, kena rajin tau semak statement bank masing-masing, kalau ada transasksi yang mencurigakan, kena cepat-cepat hantar report pada pihak Bank.
Selamat hari ahad gais! Ahad korang macam mana harini? Dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah atau pun sekadar buang masa? Ahaha kalau aku, biasanya sabtu ahad kalau takde apa-apa program, tak balik kampung dan suami pun kerja, aktiviti aku ialah tidur. Balas balik tak cukup tidur weekday tu. Yelah, dah kat rumah takde sape, anak pun takde. ada kucing ajeee. But aku make sure la benda-benda basic macam basuh baju, basuh pinggan semua tu aku setelkan dulu sebelum suami balik kerja. hahaha
Weekend Activity
Macam harini, pagi aku balik kampung jap sebab ibu ajak pergi jualan Gedung Siti Khadijah. Ibu belanja telekung SK tau. Thanks ibu! Korang jangan pelik tau, rumah aku dengan kampung aku jarak tak jauh pun, tak sampai sejam pun. So tu yang kalau aku bosan kat rumah, kadang-kadang aku wasap suami minta izin nak balik kampung.
TTC Journey
Ada yang komen berkenaan TTC Journey aku. Well, sekarang aku masih belum sambung apa-apa treatment dan enjoy life. Enjoy je apa yang ada di hadapan. Aku malas nak fikir sangat. Nasib baik juga family sendiri dan family belah suami tak push, kalau tak mesti stress. Masa baru-baru kahwin jelah ada yang macam suruh try itu, suruh try ni. Tapi sekarang dorang pun dah malas nak tanya apa-apa kot. Family belah aku dan suami pun dah ada ramai cucu dah. Belah aku dah ada 5 cucu dan belah suami dah berbelas cucu mama ada. So, kalau kami lambat sikit takpelah ye. Ujian orang tak sama kan. Thanks untuk yang memahami. Bukan taknak, bukan tak usaha..
Career
Aku busy tau. Kerja tak pernah habis. Bos aku tuu bila kerja ni tak selesai lagi, dia dah bagi kerja lain.. haha tapi takpe, itulah adat mencari rezeki. kita hadap je. Cuma kadang-kadang ada kerja last minit. Tu yang aku rasa terkilan sebab aku tak boleh buat sehabis baik. Aku kalau buat kerja, aku tak akan buat cincai-cincai tau. Aku kalau boleh nak pastikan kerja tu sempurna di mata aku. So far, aku happy je kerja kat sini sekarang, Alhamdulillah..
Fuhhh. berhabuk blog ni, jap nak lap habuk dulu.. hehe :p
Eh..by the way, ada something yang aku nak share dan kongsi dekat sini. Pernah tak korang terbaca atau terdengar kisah orang yang kehilangan certain amount dalam statement bank dia? Tiba-tiba je ada cas extra yang entah dari mana asal usulnya. haaa itu yang terjadi dekat aku baru-baru ni.
Satu hari tu, aku tergerak hati nak semak transaksi Kad Kredit Maybank aku. Bila perhati setiap transaksi, baru aku perasan ada satu transasksi yang sangat mencurigakan dan bukan dibuat atas kebenaran dan izin daripada aku. Apa benda tu? FB Ads gais! Sebab aku dah lama tak berbisnes di dalam Facebook dan juga Instagram, jadi sangat mustahil kalau aku ada buat FB Ads buat masa sekarang ni.
So aku terus call hotline Maybank, tak lama je tunggu, panggilan dijawab oleh seorang Customer service lelaki Melayu. Aku bagitahu masalah aku, dan dia nasihatkan untuk tutup dulu kad kredit yang lama dan pihak Maybank akan hantar kad kredit yang baru untuk aku guna. Dan untuk refund, aku perlu isi satu dispute form, macam dekat bawah ni dan emelkan semula dekat Maybank dan perlu tunggu sehingga 65 hari untuk pihak Maybank buat siasatan dan selaraskan apa yang perlu.
Ni borang yang perlu diisi sekiranya ada apa-apa transaksi yang mencurigakan.
Aku harap siasatan Maybank berjalan lancar dan duit tu dapat dikembalikan semula ke dalam kad kredit aku. Nasihat aku untuk korang, jangan pernah miss untuk semak setiap transaksi dan statement bank yang korang ada. Kalau jadi macam aku ni, cepat-cepat call Maybank untuk khidmat nasihat dan untuk tahu step seterusnya yang perlu korang buat.
Jaga-jaga tau, dunia sekarang ni penuh tipu helah, scammer pun dah makin berleluasa.