Sunday, June 9, 2024

Keputusan Pemenang 2024 Giveaway by Asyiqin

June 09, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan untuk menaip di blog harini. Mohon maaf kepada semua sebab terlewat mengumumkan senarai pemenang Giveaway haritu. 
\
Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih sebab sudi join 2024 Giveaway by Asyiqin ni, walaupun penyertaan cuma 10 orang, tapi sangat-sangat bermakna tau. Pemenang ada 3 orang, kita pilih guna random.org. Hadiah yang pemenang akan dapat ialah : 


Hadiah Giveaway :
1 Boba plushie
1 Brooch box
1 Bawal Turki

Dan pemenang nya ialah :








Tahniah kepada semua pemenang. Nanti berikan Nama Penuh, alamat dan no telefon dekat emel asyiqin89@gmail.com untuk tuntut hadiah tau (;

Dan yang lain-lain, seperti yang dijanjikan, kita dah masukkan link awak-awak semua dekat bloglist kite. boleh cek list blog dekat sidebar sebelah kanan tau! 




Terima kasih semua :)
Jumpa lagi di lain entri nantii 

much love,
Asyiqin



Tuesday, May 14, 2024

Giveaway tamat

May 14, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Alhamdulillah, Giveaway dah tamat. Terima kasih untuk yang sudi join tau. Tak sangka ada juga yang join walaupun blog ni dah lama tak aktif. InsyaAllah dalam masa terdekat kita akan umumkan pemenang dan hadiah.

Thank you korang!
Jumpa lagi (: 

Monday, April 29, 2024

Masih di pejabat

April 29, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Hai semua..aku masih di pejabat lagi ni walaupun sebenarnya dah boleh balik. Ada beberapa tugasan penting yang perlu diselesaikan dan ada fail yang perlu disemak. Kalau boleh semua kerja yang belum siap tu aku nak siapkan segera supaya tak bertangguh. Bila dah bertangguh tu nanti rasa berat sangat bahu nak memikul, boleh sakit jiwa dan perasaan tau. Kadang-kadang rasa burnout. Tapi setakat ni aku masih boleh hadap lagi. Kalau kena marah atau ditegur, aku redha je.

Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan rakan sekerja dan bos yang baik. Bos aku pun bukan jenis reti nak marah-marah. Apa-apa kalau ada masalah, biasanya dia akan ajak berbincang. Team aku pun semuanya okay-okay, kalau diberi kerja mereka semua boleh buat dengan baik. 

Cuma kekangan kami dekat sini terlalu banyak kerja tetapi staff tak cukup. Tapi aku rasa situasi ni pun sama je dengan mana-mana Jabatan dan syarikat lain kan? Jadi apa-apa pun yang jadi, try untuk buat yang terbaik dalam kerja seharian kita. InsyaAllah, pahala dapat, ketenangan hati juga kita akan dapat.

Jadi untuk semua yang membaca post aku pada hari ini, aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang. Semoga apa yang kalian hajati akan tercapai, dan semoga segala dugaan dan ujian yang kalian tempuhi sekarang akan berakhir dengan kebaikan. InsyaAllah, Allah maha pengasih dan penyayang. Jangan lupa berdoa ya kawan-kawan (:

sampai sini dulu post kali ni, kita jumpa di lain waktu, InsyaAllah.

Bye korang!

Wednesday, April 24, 2024

Wish List : April 2024

April 24, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?

Actually aku teruja sangat sebab Giveaway yang aku buat haritu dapat sambutan juga. Untuk sekarang, ada tujuh orang yang join. Tak sangka masih ada yang nampak lagi blog ni. Terima kasih tau, yang belum join, boleh klik dekat SINI 

InsyaAllah, hadiah bagi Giveaway ni aku akan update hujung minggu nanti. Semoga korang suka dengan hadiah tu nanti. 

Actually, post kali ni aku nak share tentang wish list aku yang aku nak beli dengan gaji bulan April ni. Memandangkan gaji esok, ada satu benda yang memang aku nak sangat beli. Apa dia?


tadaaa!


Kerusi kerja (Office chair) ni. Actually dulu ada, tapi dah patah, so sekarang guna kerusi lipat je. sakit badan tau bila duduk lama-lama guna kerusi lipat tu. So gaji kali ni nak beli kerusi yang elok dan berkualiti sikit supaya tahan lama. Lepasni boleh buat kerja dengan tenang dekat rumah. Boleh juga selalu update blog lepasni, InsyaAllah.

okay tu je nak share harini,
dah lama tak aktifkan blog, dah tak tau nak taip apa panjang-panjang, hehe

Jumpa lagi!




Tuesday, April 23, 2024


Post Pilihan

randomposts

Followers