Sunday, July 31, 2011

Segmen | Rancangan ku dihujung minggu..menjelang ramadan..

July 31, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semuanya.

Hari ahad yg indah ni nak join segmen lagi. hehe ^_^

Klik banner ye :)

Okey, memandangkan kemungkinan esok akan puasa, so hari ni kami bergotong royong membersihkan rumah.Ibu dan ayah bersihkan luar rumah, saya dan adik pula bersihkan dalam rumah. Dan kejadian ni dah pun berlaku awal pagi tadi sesudah sarapan pagi ye :)

Petang ini ibu cakap nak balik kampung kejap. Nak ziarah kubur arwah atuk dan nenek. Tapi belum tahu lagi jadi atau tidak. Sebab dengar dengar ade orang nak dtg rumah petang ni nak masuk meminang. Haha. Bukanlah, nak amek rambutan. Rumah sy mmng banyak pokok rambutan yg sudah masak ranum. Jadi ibu n ayah pun ajak la kawan2 dorang dtg rumah kait rambutan ^_^

Andainya puasa esok, malam nie mungkin kami akan ke Masjid Bandar Baru Nilai untuk sembahyang terawikh. Jemaah mungkin tak berapa ramai sangt mcm tahun2 yg lepas sbb budak USIM sedang cuti sem kan. 

itu je lah perancangan tuk hari ni :) Till next entry ^_^







Saturday, July 30, 2011

Ben Ashaari ajak join segmen ^_^

July 30, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua.

Santai Bersama BEN ASHAARI

Ben Ashaari ade buat segmen.
sampai 10 malam ni je.meh la join gak :)

Die kate letak 1 gambar je :)

pic time join program anak angkat anjuran uitm :)






Friday, July 29, 2011

ipad untuk dimenangi. Best gile!! ^_^

July 29, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera Buat semua.


klik untuk keterangan lanjut :)

Sape ade kad touch n Go sila angkat tangan anda. Hehe. Sy ade dua kad touch n go. Satu kaler putih, satu lagi yg rabit tu.ala yg pink tu.. Ala Wajib kot bagi budak2 uitm s.alam ni yg xde transpot sendiri mcm saya. Naik bas rapid mane bolah pakai duet daa..Selain gune untuk bas rapid, sy gune jugak untuk nek komuter n Lrt. Senang. xpayah beratur panjang2 semata-mata nak beli tiket. xde la situasi ne tinggal tren dengan adenye kad touch n go nie.. hee :)) senang.Mudah.Jimat ^_^.

Sekarang ni pihak touch n go sedang buat promosi dan sape bertuah dapat hadiah best macam banner kat atas. Sape nak sile je klik banner kat atas ni okey :)



Kaum Nabi Luth Akhir Zaman akhirnya Bersorak Gembira.

July 29, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)

Harini nak kongsi sikit pasal undang-undang perkahwinan yg da diluluskan bagi pasangan sejenis. Maksudnye bukan Julie dgn Remy ye, Tapi Julie dgn Mary dan Remy dgn Peter ye ^_^. Erkk..rase mcm geli je. Kawen same jantina. Orang mcm nie memang dah tersesat jauh. Even agama lain pun mengharamkan perkahwinan sejenis kan. Tah hape hape je kan. Oh lupe, sumber ni dapat dari SINI :) 

Tarikh 24 Julai menjadi hari pertama perkahwinan undang-undang untuk pasangan seks sama jantina di Negeri New York. Kini NY merupakan negeri ketujuh di AS yang menyertai Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont dan Washington DC pada senarai tempat di mana pengamal perkahwinan sejenis gay dan lesbian boleh mendaftar perkahwinan mereka mengikut undang-undang perkahwinan.Sebulan yang lalu, Dewan Senat NY mengundi meluluskan rang undang- undang keluarga yang membenarkan perkahwinan sejenis dengan majoriti 4 undian. Undang-undang yang berkuat kuasa pada 24 Julai telah ditandatangani oleh Gabenor.

Meh kamu tengok sikit gambar manusia yg tak bertamadun nie





Geli tak? Rase mcm nak muntah tak.. eiii.. dah dah jangan tengok lame2.Harapnye siape yg bace entry ni sume tak terjebak la dengan aktiviti yg sgt tak senonoh ni..K, jumpe lagi.Till next entry :)






Nuffnang sudah kembalikan glitterati saya!! ^_^

July 29, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua :)



Semalam agak terkejut bile tengok membership kat nuffang dah bertukar jadi ordinary dan bukan glitterati. So, cepat2 sy p hantar ticket kat nuffnang tanye nape lah tukar membership sy kan. So akhirnye tak sampai satu hari je status membership  dah ditukarkan ke glitteriti :) sebab nuffnang tukar status membership saya ade satu jek:
  • sbb private kan blog. sebab tu nuffnang tak boleh detect blog sy :)
hehe. so sape2 yang ade masalah yg serupa, cepat- cepatlah hantar ticket kat nuffnang ehh.

 Step 1
Buka acc nuffnang > contact us > create ticket > blogger enquiries/suggestion.

Step 2
Tulis la ape yg kamu nak tanya kat nuffnang kan.. n tunggu nuffnang reply. Boleh tengok dlm masa 1 hari kat find ticket :)

Selesai. Nuffnang akan reply tiket kamu dan kamu perlu tunggu dlm masa 4 hari untuk dapat glitterati semula. In my case, just satu hari je da tukar jadi glitterati semua. Thank nuffnang :)

Monday, July 25, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke29-siapa anda 10 tahun akan datang?-

July 25, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semua.

Day 29: siapa anda 10 tahun akan dtg?
Rujuk entry INI

Harini sgt letih. Jadi nak jawab yg paling simple boleh? hehe..10 tahun yg akan dtg, insyaallah sy akan jadi seorang...
  • isteri
  • ibu
  • pegawai tadbir :)
insyaallah.doakan ye :)

jumpe lagi untuk cabaran 30 hari yg terakhir esok :)



Sunday, July 24, 2011

Cabaran 30 hari#Hari ke28-hobi-

July 24, 2011

Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semuanya

Day28: Hobi anda
Rujuk entry INI 

Hobi eh? emm..dulu mase kecik2 sy suke sgt membaca. suke gile baca komik dragonball yg abg sy beli, komik kreko yg die beli gak, pastu komik alam pewira yg die beli gak. dan komik utopia yg die beli gak..tak lupe juge komik2 doraemon kepunyaan sy yg sy beli kat pasar malam dan pasar salak..Dulu memang suke kumpul komik doraemon.Mase sekolah rendah la kisah ni berlaku kan2. lagi komik pe lagi ehh..banyak lah.. dan komik2 tu semua mungkin dah dibuang dalam sungai belkang rumah atas sebab2 tertentu.. Kalau tak dah boleh buat koleksi kat rak buku kat ruang tamu tu..hehe ^_^

Masa sekolah menengah sy suke plak baca novel kan. Nie semua terpengaruh dengan kawan2 yg giler novel. Boleh dikatakan semua kawan2 yg sy kenal mase skolah menengah dulu suka baca novel. Pergi library pun semata-mata nak pinjam novel. Siap booking siap2 novel tu kalau dah ade orng pinjam. Kalau dikenangkan balik rase macam.. tahlah.. tah hape2 kan.. haha :D

Masa sekolah menengah gak sy suke baca puisi. Kan dulu helaian akhir akhbar minda pelajar ade banyak puisi kan kan. yg mane yg saya rase best sy akan gunting dan simpan dalam fail. Kadang2 saya try la gak tulis cerpen ke kan, sajak ke tah ape lagi lah. Pastu sy bg lah kat kawan2 baca. Dulu otak ni bersih, banyak sgt idea masuk untuk menulis. Sekarang nie sy dah tak reti.. nak mulakan pun dah rasa tak bersemangat. Semua hasil yg sy dah buat dulu pun dah habis terbakar. Tak pasan mase bakar barang2 atau buku2 yg tak guna lagi, tak perasan dah terbakar fail tu.. sedih kot.. yelah, itu kenangan zaman skolah kan.. :(

sekarang? hobi sekarang mungkin online je kot. Cari maklumat pasal esemen, cari resepi untuk dicuba dan cari artikel-artikel untuk dibaca :)

salam, jumpe lagi untuk lagi 2 cabaran ^_^

Post Pilihan

randomposts

Followers