Rabu tanpa kata
Asyiqin
August 03, 2011
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Ibu : kak nik, esok kak nik kena puasa penuh tau"
Kak Nik : Habis kalau lapar macam mane?
Ibu : Kena puase gak la.
Kak Nik : Tengoklah..hee (buat muke seposen die tu )
Ibu: "Kau dulu lagi teruk kak, mase first puasa meraung raung kelaparan.
Saya: "Ehh..mane ade"
Ibu: "Iye, kau mane nak ingat"